TERKINI Wan Junaidi Sah Yang Di-Pertua Negeri Sarawak Ke-8

26 Jan 2024 • 11:40 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dilantik sebagai Yang di-Pertua (TYT) Sarawak kelapan

TERKINI Wan Junaidi Sah Yang Di-Pertua Negeri Sarawak Ke-8. Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, bekas Yang di-Pertua Dewan Negara, telah menerima surat cara pelantikan sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak yang diberikan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, Kuala Lumpur hari ini.

Turut menyaksikan istiadat pengurniaan surat cara pelantikan itu ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

image is not available
TERKINI Wan Junaidi Sah Yang Di-Pertua Negeri Sarawak Ke-8

Wan Junaidi turut dikurniakan Darjah Kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara yang membawa gelaran Tun

Wan Junaidi akan menggantikan Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak yang kelapan.

Pada majlis yang sama, Al-Sultan Abdullah juga berkenan mengurniakan gelaran Tun kepada Wan Junaidi dengan menganugerahkan Darjah Kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara.

Beliau akan menjalankan tugasnya sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak selepas mengangkat sumpah jawatan pada 29 Januari di Dewan Undangan Negeri Sarawak di sini.- BERNAMA

Baca juga artikel berkaitan di bawah: