Terkini! Wisma Putra sahkan Nadia Kesuma sudah keluar dari Lapangan Terbang Jeddah

LocalEntertainment
17 Jan 2026 • 4:01 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Wisma Putra mengesahkan pelakon, Nadia Kesuma, yang sebelum ini dilaporkan hilang di Arab Saudi, telah dikesan meninggalkan Lapangan Terbang Jeddah.

image is not available

Wisma Putra sahkan Nadia Kesuma telah keluar dari Arab Saudi

Memetik laporan daripada Utusan Malaysia, Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan menyatakan perkara itu diketahui berdasarkan rekod keluar masuk Jabatan Imigresen Arab Saudi, selepas pencarian dilakukan pelbagai pihak termasuk Konsular Malaysia di negara terbabit.

“Beliau (Nadia) pergi ke Arab Saudi dengan syarikat pengendali umrah dan rekod menunjukkan Nadia telah keluar dari lapangan terbang Jeddah di Arab Saudi.
“Laporan polis akan dibuat selepas 20 jam proses pencarian dilakukan dengan mengikut prosedur operasi standard prosedur (SOP),” katanya kepada pemberita ketika menyantuni pengamal media di Laman Media sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini.

image is not available

Wisma Putra ketahui hal tersebut melalui rekod keluar masuk Imigresen Arab Saudi

Pelakon itu sebelum ini gagal dikesan selepas penerbangannya ke London dari Kuala Lumpur, transit di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Khamis lalu.

Suaminya, Prof Muhammad Kamarul Kabilan Abdullah, sebelum ini merayu kerajaan menggerakkan usaha diplomatik dengan kerajaan Arab Saudi bagi mempercepatkan proses pencarian.

Beliau berkata keadaan ketika itu memerlukan tindakan segera dan bantuan kerajaan diperlukan untuk menjejak keberadaan Nadia.

Ahli keluarga juga telah membuat laporan kepada Wisma Putra dan Konsulat Malaysia di Jeddah, yang banyak membantu memberi bimbingan langkah seterusnya.

Nadia dikatakan gemar mengembara dan sentiasa memaklumkan pergerakannya kepada keluarga setiap kali tiba di sesebuah negara.

Sumber: Utusan Malaysia (Mohamad Hafiz Yusoff Bakri)