Terlalu Banyak Kucing Di Banglo Shila, Syada Amzah ‘Open For Adoption’? – “Available Hujung November Lepas Kita Siap Renovate…”

Entertainment
23 Oct 2023 • 10:53 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebelum ini, Shila Amzah mendedahkan wanita yang dipercayai teman wanita adiknya itu pernah membawa masuk dan menambah jumlah kucing di rumah banglo miliknya.

image is not available 2 days ago

"Dia Bawak Balik Lagi 10 Ekor Kucing Ke Rumah" - Shila Amzah Dedah Individu 'Bukan Keluarga' Gemar Bawa Haiwan Liar Ke Kediaman

Perkongsian adik Shila, Syada Amzah menerusi Instagram story semalam mencuri tumpuan selepas dia bertanya jika sesiapa sedang mencari kucing untuk dibela.

Tambah Syada, jika ada yang berminat kucing tersebut boleh mula diberikan sekitar hujung November dan awal Disember akan datang.

Siapa mencari kucing untuk diadopsi dan peneman kucing awak, yang tak kisah colo dan umur boleh pm kita. Yang serius je tau.

image is not available

Kucing yang akan diberikan Syada kepada yang berminat dipercayai haiwan peliharaan keluarga tersebut yang kini berada di rumah banglo milik Shila di Hulu Langat.

Terdahulu, kucing yang dibela ibunya menjadi bualan di media sosial selepas jumlahnya dikatakan terlalu banyak dan patut dikurangkan kerana masalah kewangan mereka.