“Terlalu Banyak Untuk Diperkatakan..” – Vivy Yusof Kongsi Foto Di Hospital Setelah Diasak Beri Penjelasan Berkenaan Khazanah & PNB

LocalEntertainment
30 Oct 2024 • 11:30 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Usahawan dan pensohor media sosial, Vivy Yusof semalam menjadi sasaran warga maya berkenaan isu pelaburan melibatkan Khazanah dan PNB yang diusahakannya sebelum ini.

Namun tidak diduga, Vivy menerusi beberapa hantaran di Instagram Story ada memuat naik foto memaparkan dirinya terlantar sakit di sebuah pusat perubatan.

image is not available

Dia dalam pada itu turut menulis sesuatu mengenai kontroversi yang melibatkan dirinya pada ketika ini untuk tatapan dan peringatan umum.

Sangat banyak yang saya ingin katakan tetapi pada masa yang sesuai, Insya-Allah.

Buat masa ini, saya biarkan apa yang mereka mahu katakan. Cuma berhati-hati dengan fitnah yang awak sebarkan tentang orang lain.

Vivy walau bagaimanapun tidak berkongsi lanjut mengenai masalah kesihatan yang dihidapinya pada ketika ini.

image is not available

Buat masa ini, saya sedang ‘berjuang’ dengan ini. Saya akan kongsikan tentang perkara ini juga tidak lama lagi.

Terdahulu, Khazanah Nasional Berhad dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dilaporkan mengalami kerugian hasil penjualan pegangan minoriti dalam platform e-dagang fesyen, Fashion Valet Sdn. Bhd.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 1 day ago

"Wah Yakinnya Dia..." - Ira Kazar Nyanyi Lagu Allahyarham Siti Sarah Di Sebuah 'Event' Jadi Tumpuan Netizen