Terlalu cepat, pantas! PM Anwar kuat bekerja, kadang malu tak boleh ikut rentak – Kamil

LocalPolitics
16 Oct 2026 • 11:02 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pengalaman bekerja rapat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim selama empat tahun memberi gambaran sebenar kepada Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim mengenai ketekunan Perdana Menteri itu dalam melaksanakan tugas.

Menurut laporan Malaysia Gazette, Muhammad Kamil berkata, Anwar yang juga Menteri Kewangan bukan sahaja terkenal dengan komitmen tinggi terhadap kerja, malah mempunyai sikap teliti dan cermat ketika menguruskan tanggungjawabnya.

Image from: Terlalu cepat, pantas! PM Anwar kuat bekerja, kadang malu tak boleh ikut rentak – Kamil

Beliau mengakui ada kalanya sukar untuk menyaingi rentak kerja Anwar yang begitu pantas, meskipun dirinya merupakan antara pegawai muda yang berpeluang mengikuti perjalanan kerja pemimpin berkenaan secara dekat.

“Saya seorang yang diberi peluang bekerja dengan rapat dan tidak pernah terbayang sekali dalam fikiran saya dapat berkhidmat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim sepanjang empat tahun sebagai Setiausaha Politik.
“Selama hari ini kita cuma dengar apa yang beliau lakukan tetapi hari ini saya berkesempatan melihat sendiri seorang individu yang benar-benar kuat bekerja, sangat teliti dan cermat.
“Secara jujur kadang-kadang saya rasa malu kerana tidak boleh ikut rentak beliau, terlalu cepat, laju, pantas, tangkas dan itu bukan lahir daripada perjalanan yang singkat tetapi melalui pengalaman termasuk penderitaan yang dilalui selama ini,” katanya.

Image from: Terlalu cepat, pantas! PM Anwar kuat bekerja, kadang malu tak boleh ikut rentak – Kamil

Beliau berkata demikian ketika ditemui Malaysia Gazette selepas majlis Prapelancaran Coffee Table Book Anwar Ibrahim: Kisah Yang Dirakam di Putrajaya, pada Khamis.

Buku eksklusif berkonsepkan coffee table book itu menghimpunkan kompilasi foto, memoir dan naratif visual yang mendokumentasikan perjalanan panjang Anwar dalam landskap politik negara sehingga bergelar Perdana Menteri ke-10.

Naskhah berkenaan turut mengetengahkan detik penting dalam perjuangan politik Anwar yang jarang diceritakan, merangkumi fasa awal pembabitannya, zaman kejatuhan, era Reformasi dan perjalanan beliau sehingga mencapai kedudukan sebagai pemimpin tertinggi negara.

Diterbitkan sebagai naskhah bertaraf arkib sejarah, buku itu menjadi rakaman visual yang merangkumkan pelbagai peristiwa penting sepanjang perjalanan hidup dan kerjaya politik Anwar.

Sumber: Malaysia Gazette (Mohammad Arif Nizam)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved