“Terlalu Lama Saya Diam Diri, Biarkan Orang Fitnah..” – Didakwa Bakal Bertunang Dengan Aliff Aziz Minggu Ini, Ruhainies Bersuara

Entertainment
24 Jun 2024 • 1:40 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Difahamkan, satu akaun di Instagram yang bernama @kaddigital.murah telah membuat aktres, Ruhainies kesal selepas menyebar fitnah yang tidak berasas.

Didakwa sudah bertunang dengan Aliff Aziz

Akaun tersebut seakan-akan mahu menimbulkan spekulasi selepas memuat naik kad digital majlis pertunangan Ruhainies dan Aliff Aziz yang didakwa bakal berlangsung pada Sabtu, minggu ini.

image is not available

Sedar mengenai fitnah tersebut, Ruhainies tidak dapat mendiamkan diri lagi dan akan mengambil tindakan atas tuduhan tersebut kerana ia boleh mencalarkan namanya sekali lagi.

image is not available

Enggan fitnah tentang dirinya berleluasa

Malah, pelakon tersebut turut meminta agar followers memaklumkan kepadanya jika jumpa mana-mana fitnah yang disebarkan agar dia boleh mengambil tindakan lanjut.

image is not available

Dalam pada itu, Ruhainies juga memohon agar para pengikutnya untuk sekat dan membuat report terhadap akaun berkenaan agar dakwaan tidak berasas itu tidak tersebar.

Sebelum ini, nama Ruhainies menjadi ‘panas’ selepas dirinya terkait dengan Aliff Aziz dalam isu tangkap khalwat di sebuah kondominium yang terletak di ibu negara.

image is not available 2 days ago

Didakwa Mahu Kahwinkan Aliff Aziz Di Selatan Thailand, Ini Respon Ibu - “Kalau Jodoh, Jika Itu Yang Terbaik...”