
Pelakon dan usahawan, Nur Fazura melaporkan kepada polis isu pecah amanah membabitkan pekerja separuh masa di outlet Faz Feztival.
Memetik laporan Xtra, isteri kepada Fattah Amin ini berkata pecah amanah itu melibatkan amaun yang sangat besar.
Fazura lapor polis kes pecah amanah di outlet

Dia menyerahkan sepenuhnya siasatan kepada pihak polis supaya pelaku mendapat hukuman seadilnya. Katanya lagi, ini adalah salah satu sahaja, ada banyak lagi kes pecah amanah dengan orang berbeza.
Bukan nak buka aib, tapi bila seseorang dah melanggar undang-undang, dan ni kes khianat juga jadi biar pihak berkuasa jadi.
Pelakon dan penyanyi ini menjadikan kejadian sebagai satu pengajaran supaya tak mudah percaya dengan orang. Dia juga akan lebih berhati-hati mencari pekerja selepas ini.
Sejujurnya, saya sangat sedih, saya tak nak menghukum sesiapa tapi ini adalah satu pengajaran setimpal buat saya.
Dia bekerja di outlet saya sendiri tapi tak sangka perkara ini terjadi. Manusiakan… Bila dh ternampak duit jadi tamak dan tak fikir panjang.
Jelas Fazura, dia sentiasa bersangka baik dan ikhlas membantu semua orang. Apabila dikhianati, dah tentu dia rasa terkilan dan sedih.
Kredit: Xtra



![“Terima Kasih Buat Putera Sulungku”- Anak Menangis Tersentuh Ibu Beri Hadiah Kerana Banyak Bantu [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/family-and-parenting.jpeg)