Terlalu penat dipaksa kejar trip, pemandu bas ugut brek mendadak

29 Mar 2024 • 6:42 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Seorang penumpang bas ekspres memaklumkan pemandu bas ugut brek mendadak dan pandu laju di Terowong Menora susulan terlalu penat apabila dipaksa mengejar trip perjalanan.

Ciapan tersebut dikongsi satu akaun di platform X milik Neko (From The Vault) apabila mendakwa bas terbabit telah dipandu laju dan berbahaya sehingga hal tersebut disedari penumpang-penumpang lain.

Terlalu penat dipaksa kejar trip oleh syarikat

Ketika berhenti di kawasan Rehat dan Rawat (RnR), penumpang sempat bertanya tentang kondisi pemandu terbabit dan dia seakan meluahkan rasa kesal terhadap pengurusan syarikat kerana mengerahnya melakukan trip yang cukup banyak pada hari berkenaan.

image is not available

Ada penumpang dengar pemandu bas ugut brek mendadak di telefon

Ujar pemandu itu, dia sudah melakukan trip dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) ke Penang pada semalam hari sebelum bersambung ke TBS menuju Johor dan ke Penang semula tanpa ada pemandu kedua.

Dia juga berasa kejang di bahagian kaki dan taangannya tidak boleh bergerak berkemungkinan hampir strok kerana terlalu penat.

Pemandu itu memberitahu yang dirinya tidak kisah untuk diviralkan supaya pihak pengurusan dikenakan tindakan.

image is not available

Pemandu bas ugut brek, pandu laju di Menora

image is not available

Pemandu bas ugut brek mendadak biar semua mati

Menurut pengguna X itu lagi, dia bertanya kepada pemandu berkenaan kerana ada seorang penumpang wanita memberitahunya yang dia terdengar perbualan pemandu terbabit dalam keadaan marah apabila dikerah mengejar trip sehingga tidak berdaya.

Dia menyatakan yang pemandu bas ugut brek mendadak supaya kesemua penumpang kehilangan nyawa.

“Pastu aunty ni sembang dengan saya, dia cakap “I tak boleh tidurlah, lagu kuat sangat, lepaastu bawa lagu, driver bising cakap management teruk. Siap cakap nak tarik handbrake biar semua dalam bas mati” tulisnya.

Saran pemandu berhenti dan berehat sekejap

Susulan daripada itu, dia menyarankan agar pemandu terbabit berehat sebenar dan memberi peluang untuknya tidur kerana bimbang kejadian tidak diingin berlaku.

Difahamkan, mereka yang bergerak menuju ke Penang Sentral, Butterwoth itu telah selamat sampai walaupun dalam tempoh waktu yang agak lewat.

image is not available

Kecam tindakan pengurusan syarikat

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata mengakui ‘seram’ jika ia berlaku kepada penumpang lain.

Mereka juga menyarakan agar syarikat pengurusan bas terbabit diperiksa agar tidak menganiaya pemandu disamping turut berkongsi pengalaman menaiki bas ekspres dari syarikat tersebut.

image is not available

Anggap tindakan syarikat aniaya pemandu bas

image is not available

Ada yang kongsi pengalaman sama

image is not available

Banyak masalah naik bas tu

image is not available

View Original Article