Terlalu Ramai Peminat Kerumun, Amanda Manopo Terkejut Dada Diraba – “Kawalan Keselamatan Tak Cukup Ketat”

LocalEntertainment
7 Jul 2025 • 4:58 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon dari Indonesia, Amanda Manopo berkata dia berdepan dengan situasi menjijikkan apabila diraba oleh lelaki tidak dikenalinya baru-baru ini.

Menerusi video dikongsi di TikTok, aktres berusia 26 tahun itu telah memuat naik rakaman sebelum kejadian berkenaan berlaku.

Rakaman tersebut menunjukkan Amanda tiba di lokasi penggambaran terletak di daerah Bogor, Jawa Barat dan ketika turut dari kereta, ramai peminat sudah mengerumuni kawasan terbabit.

Sebelum tragedi buah dada saya diramas.

Bagaimanapun, difahamkan Amanda telah memadam video tersebut di akaun TikTok namun netizen sudah terlebih dahulu menularkan rakaman berkenaan.

image is not available

Berdasarkan video berkenaan juga boleh dilihat Amanda diiringi petugas keselamatan namun keadaan menjadi tidak terkawal apabila ramai peminat berebut-rebut untuk bertemu dan bersalam dengan aktres terbabit.

Disebabkan terlalu ramai, Amanda berkata dia sendiri tidak dapat mengesan siapakah pelaku yang sengaja melakukan gangguan seksual dan meramas dadanya.

image is not available

Amanda bagaimanapun dilihat tidak melenting dan masih mampu tersenyum kepada peminat yang hadir meskipun baru sahaja berdepan situasi menjijikkan itu.

Selepas tular rakaman itu, ramai peminat berharap lebih ramai ditugaskan untuk menjaga keselamatan serta mengetatkan lagi kawalan.

Selain itu, kami kongsi artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 1 week ago

"Kami 'Support' Dari Belakang Okay.." - Naim Daniel Muncul Buat Persembahan Di Sebalik Kontroversi Amang Seksu*l