Terlanggar Penghadang Jalan, Ferrari 458 Hangus, Yang Tinggal Cuma Rim

LocalCars
19 May 2025 • 10:45 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Sebuah kereta Ferrari 458 Spider hangus lebur dalam sekelip mata gara-gara terlanggar penghadang jalan di Jalan Kuantan-Segamat berhampiran Jambatan Kampung Gadak, Rompin Pahang, pada Jumaat lalu.

Mujur si pemandu dari Singapura dan teman Wanita Berjaya menyelamatakan diri sebelum kereta mewah itu dijilat api sepenuhnya.

Ketua Polis Daerah Rompin, Superintendan Sharif Shai Sharif Mondoi berkata kereta Ferrari 458 Spider itu dipandu lelaki berusia 34 tahun, dalam perjalanan ke Cherating secara konvoi membabitkan 13 kereta jenama sama pelbagai model.

"Apabila sampai di tempat kejadian, kereta mangsa hilang kawalan lalu terbabas sebelum melanggar penghadang jalan.

image is not available

"Akibat kemalangan itu, kereta mewah itu terbakar dan musnah keseluruhannya. Bagaimanapun, mangsa dan teman wanitanya sempat menyelamat diri dan tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.

Lelaki terbabit disaman mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59 kerana gagal mengawal kenderaan sehingga menyebabkan kemalangan.

Terdahulu, tular beberapa gambar yang menunjukkan Ferrari berwarna merah itu terbakar dan kemudian hangus lebur. Yang tinggal cuma abu dan rangka rim kenderaan itu.