Terlelap Kemudian Terbabas?

30 Mar 2024 • 8:38 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Tangkap layar sejurus sebelum kemalangan yang membabitkan sebuah kenderaan dan lori. - gambar media sosial

Satu keluarga trauma selepas menyaksikan sebuah kenderaan dipandu memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah lori yang tidak sempat mengelak, dalam satu kejadian di Kota Tinggi, Johor.

Melalui satu video rakaman kamera papan pemuka, kedengaran si isteri menjerit serta anak mereka melaungkan ‘Allahuakbar’ berkali-kali ketika si suami berusaha mengelak daripada turut terbabit dalam kemalangan berkenaan.

Pemandu kenderaan yang memasuki laluan bertentangan itu dipercayai terlelap atau mengalami ‘mircosleep’ sebelum menghentam sebuah lori.

Pemandu kelihatan seperti cuba memasuki semula laluannya di saat akhir, namun tidak sempat berbuat demikian.

Akibat rempuhan itu, kenderaan berkenaan tersasar ke sebelah kiri jalan sebelum terbalik. – Getaran, 30 Mac 2024

@getaranmy Allahuakbar, nak memotong ke terlepas pandang ke macam mana tu? #GetaranMY #Semasa #terkini ♬ original sound - Getaran

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved