Terletak Di Sempadan Malaysia-Indonesia, Pasar Serikin Jadi Destinasi Menarik Untuk Dikunjungi

1 Oct 2023 • 1:11 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Destinasi menarik untuk dikunjungi pada hujung minggu.

Terletak Di Sempadan Malaysia-Indonesia, Pasar Serikin Jadi Destinasi Menarik Untuk Dikunjungi. Menjadi salah satu lubuk beli belah pelbagai barangan dengan harga rendah di Sarawak pada hujung minggu, Pasar Serikin adalah salah satu destinasi yang menarik untuk anda kunjungi.

Terletak lebih kurang 60 km daripada Bandaraya Kuching dan mengambil masa dalam 1 jam 30 minit perjalanan, Pasar Serikin menawarkan pelbagai barangan menarik dengan harga berpatutan.

image is not available
Terletak Di Sempadan Malaysia-Indonesia, Pasar Serikin Jadi Destinasi Menarik Untuk Dikunjungi. Kredit gambar: FB Haimey Channel

image is not available
Kredit gambar: FB Wanny Latif

image is not available
Kredit gambar: FB Wanny Latif

Pasar Serikin meriah pada hujung minggu

Meriah pada hujung minggu, anda boleh mendapatkan barangan menarik yang diimport daripada Indonesia di sini pada hujung minggu.

Antara barangan yang anda boleh dapati di sini adalah pakaian, mainan, perabot dan juga pelbagai jenis dan semestinya pelbagai jenis makanan serta snek yang menarik!

image is not available
Kredit gambar: FB Wanny Latif

image is not available
Kredit gambar: FB Wanny Latif

image is not available
Kredit gambar: FB Emilia Robert Trawis

Anda boleh dapatkan barangan rare di sini

Jika anda ingin merancang perjalanan untuk ke Pasar Serikin, kami cadangkan anda singgah pada hari Sabtu dan Ahad di mana ianya meriah dan anda juga boleh mendapati pelbagai barangan yang rare di sini.

Buka seawal jam 7 pagi Pasar Serikin ini beroperasi sehingga jam 6 petang pada Sabtu dan 5 petang pada hari Ahad. Tunggu apalagi, jomlah ke Pasar Serikin!

Lepas puas beli belah di Pasar Serikin, apa kata anda singgah di sini pula: