Terlibat Kemalangan Dengan Kereta BMW, Tiga Pelajar Maut Dipercayai Ditembak Pemandu

7 Sep 2022 • 3:40 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Terlibat Kemalangan Dengan Kereta BMW, Tiga Pelajar Maut Dipercayai Ditembak Pemandu

Tiga pelajar sekolah menengah maut ditembak selepas motosikal yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Khao Phanom di daerah Krabi awal pagi semalam, lapor Bangkok Post.

Difahamkan, kesemua mangsa yang berusia 18 tahun itu dalam perjalanan untuk bermalam di rumah rakan-rakan mereka.

Dalam kejadian lewat tengah malam itu, motosikal yang dinaiki mereka dilaporkan bertembung dengan kereta BMW jenis sedan dan menyebabkan ketiga-tiganya tercampak jatuh akibat rempuhan itu. Malah, rempuhan itu juga turut menyebabkan motosikal tersebut terbakar.

Memetik laporan Thai PBS World, seorang lelaki kemudian dipercayai keluar dari kereta dan melepaskan dua das tembakan dari senapang patah ke arah tiga pelajar terbabit sebelum melarikan diri ke daerah Thung Yai.

Sementara itu, pasukan penyelamat Pracharuamjai telah mendapat makluman berkaitan kejadian tersebut di Jalan Khao Phanom-Thrung Yai sekitar jam 1.29 pagi waktu tempatan.

Oleh itu, pihak polis dan pasukan penyelamat telah dikerahkan ke lokasi kejadian.

Sejurus tiba, pihak polis mendapati tiga mayat remaja yang terdiri dari seorang lelaki dan dua perempuan terbaring di tepi jalan dengan kesan tembakan.

image is not available
Gambar: Bangkok Post

Hasil pemeriksaan mendapati, seorang pelajar lelaki ditembak pada bahagian muka dan dua lagi ditembak dari bahagian belakang.

Suspek yang berusia 42 tahun telah ditahan oleh pihak polis selepas dikepung di sebuah kedai tayar kereta di Tambon Phru Tiew, Khao Phanom.

Kereta jenis BWW berwarna hitam dengan nombor pendaftaran Thailand milik suspek pula dijumpai di dalam garaj kedai tersebut dengan kesan pecah pada cermin di bahagian pemandu.

Dalam soal siasat, suspek memberikan laporan bercanggah dan menafikan bahawa dia membakar motosikal tersebut malah mendakwa terbakar sewaktu insiden itu.

Menurut laporan polis, suspek dipercayai mengambil dua pil jenis methaphetamine pada Isnin malam sebelum memandu pulang ke rumah isterinya secara berseorangan.

Sehingga kini, kes itu masih lagi dalam siasatan pihak polis.