Terlihat Pekerja Muslim Solat Di Luar Tanpa Tempat Berteduh, Wanita Dari Sabah Ini Tersentuh Hati

16 Jul 2022 • 5:29 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Keajaiban saat mencuci pinggan di dapur.

Terlihat Pekerja Muslim Solat Di Luar Tanpa Tempat Berteduh, Wanita Dari Sabah Ini Tersentuh Hati. Baru-baru ini, sepasang suami isteri di Sabah telah menarik minat para pengguna media sosial apabila si isteri mengunggah luahan hati nya.

Wendy yang merupakan wanita bukan Muslim telah meluahkan perasaannya di media sosial apabila melihat keajaiban yang beliau saksikan di halaman belakang rumah mereka sewaktu beliau mencuci pinggan di dapur.

image is not available
Terlihat Pekerja Muslim Solat Di Luar Tanpa Tempat Berteduh, Wanita Dari Sabah Ini Tersentuh Hati

Dua pekerja Islam yang taat.

Pada mulanya, Wendy dan suaminya ingin merubahsuai halaman belakang rumahnya dengan mengupah pekerja. Dua pekerja ini sungguh memberi tamparan hebat kepada Wendy apabila tibanya waktu solat dimana mereka berdua menunaikan solat tanpa teduhan dan hanya menggunakan zinc sebagai alas. Walaupun berpanas, mereka berdua tetap taat menunaikan solat.

Hal ini sangat membuka mata Wendy kerana kealpaannya untuk bertanya kepada pekerja tersebut tentang keperluan asas yang mereka perlukan. Malah, Wendy turut menyalahkan dirinya kerana tidak mengetahui bahawa mereka berdua beragama Islam.

Menurut Wendy, pada keesokan harinya, Wendy dan suami telah menyediakan kanopi untuk mereka berdua berteduh dan tikar kecil sebagai alas solat sekiranya mereka terlupa untuk membawa sendiri.

image is not available
Sumber gambar:FB My Sabah

“Jangan pernah melihat manusia itu mengikut taraf sosial mereka,” – Wendy

Dari kejadian ini, Wendy mengakhiri pesannya di media sosial bahawa kita jangan menilai seseorang dari segi apa pun kerana bagi Wendy ini adalah teguran Tuhan dengan cara yang tidak dijangka walaupun berbeza agama.

Dengan segala kekurangan mereka berdua, Wendy tersentuh dengan ketaatan mereka mengerjakan tanggungjawab pada tepat waktu. Bahkan, Wendy sempat berpesan untuk kita melayan semua orang selayaknya sebagai manusia tanpa mengira taraf sosial mereka.

image is not available
Sumber gambar: FB My Sabah

Dengan cerita menarik di Sabah ini, jangan ketinggalan dengan cerita yang lain seperti: