Termasuk Pukat Dekat Perairan Santubong, Sekumpulan Penyelidik Berjaya Selamatkan Seekor Ikan Paus Yu

16 Aug 2022 • 2:50 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Ikan paus yu tersebut termasuk pukat itu semasa kumpulan itu menjalankan kajian di laut

Termasuk Pukat Dekat Perairan Santubong, Sekumpulan Penyelidik Berjaya Selamatkan Seekor Ikan Paus Yu. Baru-baru ini, sebuah video tular di Twitter menunjukkan seekor ikan paus yu diselamatkan oleh sekumpulan penyelidik setelah ia termasuk pukat yang digunakan bagi menjalankan kajian di laut.

image is not available
Termasuk Pukat Dekat Perairan Santubong, Sekumpulan Penyelidik Berjaya Selamatkan Seekor Ikan Paus Yu

Kumpulan tersebut merupakan penyelidik dari Institut Penyelidikan Perikanan Bintawa

Dalam video terbabit, yang dikongsikan oleh @datukhensem, beberapa individu daripada kumpulan terbabit dilihat memasuki air untuk membimbing ikan paus yu itu keluar dari pukat yang dipasangkan untuk kajian.

Tindakan kumpulan itu berjaya menyelamatkan ikan paus yu tersebut dan ia dilihat berenang dari situ tanpa mengalami kecederaan.

Netizen berterima kasih kepada kumpulan terbabit

Tindakan kumpulan tersebut yang menyelamatkan ikan paus yu berkenaan menerima reaksi positif daripada netizen dan rata-rata mengucapkan terima kasih kepada mereka atas usaha mereka untuk menyelamatkan haiwan itu.

Antaranya seperti:

Terima kasih diucapkan kepada kumpulan penyelidik ini kerana sanggup memasuki air bagi menyelamatkan ikan paus yu ini! Semoga kajian anda semua berjalan dengan lancar! image is not available

Lagi di sini: