Terminal Bersepadu Gombak Bakal Beroperasi 15 Mac

LocalTravel
4 Mar 2025 • 6:45 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Terminal Bersepadu Gombak (TBG) akan mula beroperasi secara berperingkat bermula 15 Mac ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata pada minggu pertama pembukannya, operasi TBG akan dimulakan dengan menurunkan penumpang dari Pantai Timur.

image is not available

"Sekiranya semua berjalan lancar, penumpang boleh mula menaiki bas dari terminal itu pada minggu kedua.

"Harapan dan sasaran kita adalah menjelang musim Hari Raya Aidilfitri, iaitu pada penghujung bulan ini, mereka yang nak balik kampung boleh menggunakan terminal ini dan mengurangkan kesesakan di Terminal Bersepadu Selatan (TBS),

image is not availableimage is not available

TBG bakal menjadi hab pengangkutan utama yang menghubungkan perkhidmatan bas, LRT, dan projek rel utama seperti East Coast Rail Link (ECRL) pada masa hadapan.

Ia sekali gus meningkatkan kemudahan perjalanan bagi penumpang ke ibu kota dari Pantai Timur membabitkan negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan.