Terminal Bersepadu Gombak Bakal Beroperasi 16 Februari

17 Jan 2025 • 4:33 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Terminal Bersepadu Gombak Bakal Beroperasi 16 Februari

Terminal Bersepadu Gombak (TBG) dijangka bakal beroperasi secara rasmi pada 16 Februari 2025.

Berita berkenaan dimaklumkan oleh TBG menerusi satu hantaran laman facebook rasminya, semalam.

“Nantikan pengalaman perjalanan yang lebih mudah dan selesa,” ujar hantaran itu.

Tarikh operasi terminal yang sepatutnya dijalankan pada tahun lalu telah ditangguhkan sehingga ke hari ini tanpa sebarang kenyataan dari pihak pengurusan.

@terminalbersepadugombak

Penantian anda kini berakhir! Terminal Bersepadu Gombak akan dibuka secara rasmi pada 16 Februari 2025 Nantikan pengalaman perjalanan yang lebih mudah dan selesa. Ikuti media sosial kami untuk info terkini #terminalbersepadugombak #tbg #akandibuka #openingsoon #busstation #busterminal #gombak

♬ original sound – Terminal Bersepadu Gombak – Terminal Bersepadu Gombak

Difahamkan, semua bas yang berlepas ke atau tiba dari Pantai Timur akan beroperasi menerusi terminal baharu ini, sekaligus akan melancarkan lagi perjalanan pengguna.

Terdahulu, Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) melalui Sektor Operasi telah melaksanakan Pemeriksaan Cermat Akhir terhadap terminal berkenaan pada 9 Januari 2025.

Menurut hantaran di laman Facebook APAD, pemeriksaan bertujuan untuk menilai tahap siap siaga sistem dan fasiliti di terminal tersebut serta memberikan penarafan gred yang setara dengan kemudahan yang disediakan.