Terminal Feri Antarabangsa Labuan: Cadangan jeti khusus pelancong, penyelam

23 Dec 2023 • 2:17 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

LABUAN: Satu cadangan telah dikemukakan untuk mewujudkan jeti khusus bagi pelancong dan penyelam di Terminal Feri Antarabangsa Labuan sedia ada, bermatlamat untuk merancakkan sektor pelancongan pulau bebas cukai itu.

Pengarah Jabatan Perikanan Labuan Faizal Ibrahim Suhaili berkata cadangan itu mendapat kata sepakat semasa sesi libat urus awal tahun ini, melibatkan pelbagai agensi kerajaan berkaitan.

“Inisiatif untuk mewujudkan jeti khas bagi pelancong dan penyelam yang menuju ke pulau-pulau popular dan tapak menyelam di Labuan adalah sebagai pengiktirafan terhadap peranan penting yang boleh dimainkan dalam meningkatkan daya tarikan Labuan sebagai destinasi pelancongan,” katanya kepada Bernama pada Jumaat.

Faizal Ibrahim berkata Terminal Feri Antarabangsa Labuan dengan kemudahan sedia ada dan kehadiran pihak berkuasa tempatan seperti Imigresen dan pengendali terminal, menyediakan platform yang ideal untuk pengawasan dan memudahkan pergerakan pelancong.

SPONSORED CONTENT Sabah International Convention Centre’s Big Sabah Sale a big hit Kota Kinabalu: The Sabah International Convention Centre’s (SICC) Big Sabah Sale which concluded on Sunday saw a good response with about 20,000 visitors during the three-day extravaganza. . Read more “Terminal Feri Antarabangsa Labuan mempunyai kemudahan termasuk ketersediaan pihak berkuasa tempatan seperti Imigresen dan pengendali terminal untuk memantau aliran masuk dan keluar pelancong menerusi terminal ini,” katanya.

Seperti Jesselton Point Kota Kinabalu, yang menawarkan perkhidmatan kepada pelancong mengunjungi Taman Tunku Abdul Rahman, Faizal Ibrahim berkata Labuan juga perlu mempunyai jeti khusus untuk pelawat yang menuju ke taman laut itu.

“Jeti yang dicadangkan itu dijangka berfungsi sebagai pintu masuk mudah bagi pelancong dan penyelam skuba yang ingin menerokai pulau popular dan tapak menyelam di Labuan.

“Labuan mempunyai bangkai kapal dan tapak selaman skuba Vernon Bank dan penubuhan jeti ini akan memudahkan pelancong dan penyelam mengakses tarikan ini,” katanya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) yang baru dilantik, Dr Zaliha Mustafa menyatakan komitmennya untuk mengubah Labuan menjadi hab aktiviti ekonomi dan pelancongan.

Beliau berkata visi ini sejajar dengan matlamat menyeluruh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk pembangunan Labuan, menekankan potensinya sebagai pemain utama dalam landskap pelancongan Malaysia.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.