Ternakan udang galah air tawar bantu komuniti tingkat pendapatan

27 Dec 2023 • 3:48 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Melihat potensi pasaran udang galah air tawar, Universiti Malaysia Sabah (UMS) mula menjalankan penyelidikan bagi membantu mempertingkatkan pengeluaran udang galah menerusi perkongsian pengetahuan dengan komuniti setempat.

Pensyarah Kanan Institut Penyelidikan Marin Borneo Marin (IPMB) Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof Madya Dr Annita Yong Seok Kian berkata, ternakan udang galah air tawar ini mendapat permintaan dalam kalangan penduduk di pedalaman yang berada jauh dari kawasan laut.

Sebab itulah, katanya, IPMB menerusi Hatceri UMS mula menjalankan kajian bagi menambah baik teknik penternakan udang galah air tawar yang sedia ada agar proses pengeluarannya menjadi lebih pantas.

“Kita cuma tambah baik teknik sedia ada kerana kita mahu membantu meningkatkan bilangan telur dan benih udang galah air tawar. Biasanya udang galah mengambil masa antara tujuh hingga 10 bulan untuk membesar di dalam kolam,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

View Original Article