
Kemahiran perniagaan Islam adalah kompetensi dan kemampuan yang berkait dengan bakat keusahawanan. Dari penjelasan sirah Rasulullah SAW, baginda merupakan seorang usahawan dan perniaga yang sangat berhasil dizamannya. Baginda mengenali dengan tepat setiap pasaran dan semua pusat perdagangan di Jazirah Arab. Baginda mengetahui seluk beluk kegiatan keusahawanan. Baginda mengetahui untungnya perdagangan dan bahayanya riba sehingga baginda menganjurkan jual beli dan menghapuskan sistem riba.
Rasulullah SAW adalah seorang yang berhasil dalam semua perniagaannya. Baginda meyakini bahawa kejayaan perniagaan yang berkelanjutan hanya dapat dicapai dengan cara yang sehat. Baginda melarang menyembunyikan barang cacat untuk diperdagangkan, melarang melakukan jual beli yang ketidakpastian, menjauhi tindakan yang tidak bersopan.
Mengikut kajian yang saya lakukan sebagai Felo Industri di Sekolah Siswazah Keusahawanan dan Perniagaan Malaysia (MGSEB) - Universiti Malaysia Kelantan (UMK), teladan dan tuntutan yang diberikan oleh Rasulullah SAW dalam keusahawanan dan perniagaan ini semakin banyak dibuktikan oleh teori-teori ekonomi dan pengurusan modern. Teori-teori ini semakin hampir kepada ajaran-ajaran Rasulullah SAW tentang bagaimana seharusnya roda ekonomi dunia digerakkan dan bagaimana perniagaan itu berjaya diusahakan.
Oleh itu, ahli-ahli perniagaan dan korporat, hendaklah sentiasa berdisiplin dan beradab serta menjaga peraturan-peraturan, berakhlak, berintegriti, amanah dan melaksanakan janji yang mana sifat ini adalah merupakan salah satu daripada sifat utama dalam Islam. “Wahai orang-orang yang beriman! Penuhi dan sempurnakan semua janji”. (Surah al-Maidah).
Sebagai contoh, di dalam perniagaan, jika kita menerima pasanan untuk membekalkan sesuatu barangan maka hendaklah kita membekalkan barangan seperti yang dikehendaki. Sekiranya kita berjanji untuk memberikan khidmat, maka hendaklah kita memberkan khidmat yang terbaik. Jia ada orang memesan komoditi kelas A kerana menunaikan janji itu adalah sebahagian daripada iman. Saya mengingatkan para graduan MGSEB supaya “memantapkan kualiti keusahawan & perniagaan sebagai tanda dan bukti seorang Mukmim”.
Maka saya amat teruja dapat menghadiri Majlis Anugerah Kecemerlangan MGSEB 2023 yang Prof Dr. Azlinda Azman, Ketua Pengarah Pengajian Tinggi Malaysia dan Dekan Prof Dr. Roselina Ahmad Saufi, turut sama menyerikan dan menyampaikan hadiah-hadiah kepada semua pemenang dari pelbagai kategori yang telah mencerminkan kecemerlangan.

Zulkifly Baharom adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!
Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi Newswav.
