Terokai Keindahan Chiang Mai Dengan 7 Penginapan Airbnb Yang Unik Ini

Travel
23 Jul 2024 • 7:41 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Berhasrat untuk meneroka destinasi baharu? Dengan lebih banyak penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Chiang Mai, kini lebih mudah untuk rakyat Malaysia melawati kota yang memukau di Thailand ini.

Di samping anda menjelajah pasar malam yang meriah, tapak bersejarah, kuil-kuil dan pemandangan semula jadi yang menakjubkan, berikut adalah tujuh penginapan Airbnb yang menjanjikan satu percutian yang sukar dilupakan.

Keindahan di tengah-tengah Kota Chiang Mai

Dala Ping River House memaparkan gabungan kemodenan bandar dengan ketenangan alam semulajadi. Dengan lokasi yang terletak di sekitar Sungai Ping, ia bukan sahaja menawarkan penginapan yang santai dengan kolam renang peribadi, malah hanya beberapa saat dari Thapae Gate dan Nimmanhaemin!

image is not available

Baan Nimman Garden Villa pula menawarkan penginapan gaya kontemporari ‘Lanna’ yang dikelilingi kehijauan – sesuai untuk kumpulan pelancong yang ingin menginap berhampiran dengan kawasan tarikan pelancong.

image is not available

Suasana Hutan yang Aman Damai

Jika anda ingin beristirahat dan ‘relax’, enchanting treehouse yang terletak di tengah-tengah hutan rimba tentunya penginapan yang sempurna buat anda! Nikmatilah pemandangan indah dari balkonisambil menghayati bunyi aliran air sungai yang menenangkan jiwa. Ia terletak berhampiran sebuah kampung yang dikelilingi alam semula jadi yang indah, menjadikannya destinasi ideal untuk menyegarkan minda dan badan anda.

Suasana Kampung yang Memukau

Mengidamkan keindahan suasana kampung sambil terpukau oleh magis kota Chiang Mai? Penginapan-penginapan Airbnb berikut menjanjikan percutian yang menakjubkan:

  • Lana House: Rumah penginapanan gaya ‘Lanna’ Thai yang terletak di tengah-tengah kehijauan Chiang Mai. Ia memaparkan satu taman bunga yang luas dengan suasana yang cantik dan tenteram.

image is not available

  • Traditional House: Rumah kayu ini menawarkan pemandangan gunung yang mempesona. Ia bukan sahaja dikelilingi hutan buluh dan pepohon jati, tetapi juga terletak berhampiran dengan mata air panas.

image is not available

Keselesaan Kontemporari

image is not available

Bagi anda yang menggemari reka bentuk kontemporari, The Duplex melambangkan kemewahan moden. Vila ini memaparkan panorama kuil-kuil indah dan pergunungan Doi Suthep, lengkap dengan gaya industri minimalis dan balkoni untuk menghayati matahari terbenam.

image is not available

Di samping itu, Maya Green menyatukan unsur kemodenan dan perkampungan yang unik. Vila ini terletak berhampiran dengan bandar namun dikelilingi persekitaran yang damai. Ia dilengkapi sebuah kolam renang air masin dan taman tropika, sekali gus menawarkan satu tempat beristirahat yang sempurna selepas anda menerokai tarikan-tarikan yang berdekatan.

Untuk lebih inspirasi percutian, layari laman airbnb di sini.

Semua penginapan yang dipaparkan hanya bertujuan untuk memberi inspirasi dan memberi gambaran. Airbnb tidak mengesyorkan atau menyokong secara spesifik mana-mana penginapan pada platformnya.

View Original Article