Terokai Keindahan Kepelbagaian Budaya Dan Adat Bumi Kenyalang Di Hari Muzium Antarabangsa

31 Jul 2023 • 9:49 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Hari Muzium Antarabangsa akan bermula hari ini, untuk menunjukkan kepelbagaian budaya di Sarawak

Terokai Keindahan Kepelbagaian Budaya Dan Adat Bumi Kenyalang Di Hari Muzium Antarabangsa. Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Snowdan Lawan menggalakkan lebih 800 peserta Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan Kuching 2023 untuk menerokai keindahan Bumi Kenyalang.

Menurut laporan, beliau turut menyatakan bahawa Sarawak adalah sebuah negeri yang kaya dengan kepelbagaian budaya dan adat resam daripada pelbagai kaum dan etnik.

image is not available
Sumber: dayakdaily

“Kunjungilah destinasi pelancongan yang terdapat di sekitar Kuching dan kawasan lain di sekitar Sarawak.

“Untuk merasai sendiri keunikan sendiri seni bina, landskap, alam semulajadi dan budaya yang ada di Sarawak,” katanya dalam ucapan di Mailis Makan Malam Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan di sini, malam ini.

Diseru untuk cuba makanan popular di Sarawak

Dalam pada itu, Snowdan berkata, para peserta juga diseru untuk mencuba pelbagai jenis makanan yang popular di Sarawak.

Sementara itu, beliau menyatakan masakan tipikal Sarawak seperti laksa, mee kolok, mee sapi, ayam pansuh, umai, dan kuih lapis Sarawak.

image is not available
Sumber: muziumgov

31 Julai – 5 Ogos

Untuk makluman, Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2023 akan diadakan dari 31 Julai hingga 5 Ogos 2023 ini.

Baca juga artikel yang berkaitan: