Terokai kosmos dengan astro hyperlapse Samsung Galaxy S23 Ultra

Digital
6 Apr 2023 • 4:39 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available


Artikel ini dibawakan oleh Samsung Malaysia

Anda ingin merakamkan keindahan bumantara malam, anda boleh lakukannya dengan mudah menggunakan Samsung Galaxy S23 Ultra. Telefon ini dilengkapi komponen pengimejan berkelas flagship antaranya adalah sensor pengimejan ISOCELL HP2 200MP dan juga aplikasi ExpertRAW untuk memaksimumkan potensi segala kelengkapan kamera Galaxy S23 Ultra.

image is not available

Apakah astro hyperlapse dan cara gunakannya di Galaxy S23 Ultra

Astro hyperlapse adalah salah satu ciri unik yang diperkenalkan oleh Samsung pada Galaxy S23 Ultra. Ia menggabungkan astrofotografi bersama-sama hyperlapse untuk hasilkan video berseni objek angkasa. Dengan menggabungkan dua teknik ini, anda boleh melihat jalur pergerakkan bintang yang dipengaruhi putaran bumi.

image is not available
Contoh foto jejak bintang (sumber)

Berikut adalah beberapa sampel astro hyperlapse yang beraya dirakam beberapa pempengaruh menggunakan Samsung Galaxy S23 Ultra.

Kalau anda berminat untuk hasilkan astro hyperlapse anda sendiri menggunakan Samsung Galaxy S23 Ultra senang saja. Sebelum itu, pastikan anda berada di paling gelap yang boleh anda cari ia bagi mengelakkan gambar anda dicemari cahaya daripada lampu-lampu disekeliling anda.

image is not available

Pastikan juga anda bawa bersama tripod untuk memegang telefon sepanjang penggambaran kerana astro hyperlapse boleh mengambil masa sekitar 60 minit.

Di Samsung Galaxy S23 Ultra anda, lancarkan aplikasi kamera. Pergi ke tab More dan cari pilihan Hyperlapse. Apabila berada di dalam mode hyperlapse, tukar resolusi video anda kepada UHD dan pilih tempoh rakaman kepada "tanpa had".

image is not available

Tetapan terakhir, set adalah kelajuan video yang ingin dirakam kepada 300x dan pilihan Star Trail akan muncul untuk anda aktifkan.

image is not available

Anda boleh halakan lensa kepada subjek dan mula merakam. Selepas selesai merakam, anda boleh pergi ke aplikasi Gallery dan lihatlah mahakarya yang telah anda hasilkan.

Galaxy S23 Series Buy 1 Get 1 Promotion

Sekiranya anda berminat untuk dapatkan seunit Galaxy S23 Ultra, berikut adalah harganya bersama-sama dengan model lain di Malaysia:

  • Samsung Galaxy S23 128GB RM3,899
  • Samsung Galaxy S23 256GB RM4,199
  • Samsung Galaxy S23+ 256GB RM4,699
  • Samsung Galaxy S23+ 512GB RM5,199
  • Samsung Galaxy S23 Ultra 256GB RM5,699
  • amsung Galaxy S23 Ultra 512GB RM6,199
  • Samsung Galaxy S23 Ultra 1TB RM7,199

image is not available

Samsung kini sedang menjalankan promo Buy 1 Get 1 Free untuk Galaxy S23 Ultra. Secara ringkasnya, anda berpeluang untuk beroleh 2 unit Galaxy S23 Ultra bila anda beli seunit Galaxy S23 Ultra.

Caranya adalah, bila anda lakukan tempahan telefon, anda perlu tukar beli sama ada Galaxy S22 Ultra, iPhone 14 Pro, ataupun iPhone 14 Pro Max. Promo ini berjalan sehingga 30 April 2023.

Anda boleh layari laman rasmi promosi untuk maklumat lanjut.