Terokai Program Pembiayaan KUSKOP 2026 – Peluang Usahawan Wanita

LocalBusiness & Finance
17 Feb 2026 • 10:28 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Terokai Program Pembiayaan KUSKOP 2026 – Peluang Usahawan Wanita

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melalui agensinya Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), terus menegaskan komitmennya dalam memperkasakan usahawan, khususnya golongan wanita.

Program Pembiayaan KUSKOP 2026 merupakan satu inisiatif strategik. Ia menyediakan pelbagai skim pembiayaan bersasar untuk membantu usahawan memajukan perniagaan.

Selain itu, program ini turut membantu meningkatkan kemahiran dan mengurus kewangan secara lebih sistematik.

Skim ini dirancang dengan konsep inklusif. Ia memberi peluang kepada usahawan dan bakal usahawan tanpa mengira latar belakang ekonomi untuk memulakan atau memperluas perniagaan mereka.

Melalui Skim Pembiayaan Ikhtiar Sosial, AIM menawarkan empat jenis skim pembiayaan iaitu i-Sejahtera, i-Bestari, i-Penyayang dan i-Wibawa.

Setiap skim mempunyai tujuan yang khusus sesuai dengan keperluan Sahabat Usahawan pada pelbagai tahap perjalanan perniagaan mereka.

Ini memastikan setiap peminjam mendapat sokongan yang relevan dan sesuai dengan keadaan mereka.

image is not available

1. i-Sejahtera

Skim i-Sejahtera bertujuan membantu Sahabat Usahawan dalam menguruskan keperluan asas perniagaan dan keluarga.

Ia termasuk pembaikan rumah atau premis perniagaan, penambahan aset, pelaburan dalam bentuk emas atau saham serta penambahan modal simpanan.

Dengan jumlah pembiayaan sehingga RM15,000, skim ini sesuai untuk mereka yang ingin meningkatkan kapasiti perniagaan sambil memastikan kesejahteraan keluarga terjaga.

Tempoh bayaran balik yang fleksibel sehingga 100 minggu membolehkan peminjam merancang aliran tunai dengan lebih baik.

Ini juga dapat membantu untuk mengurangkan tekanan kewangan yang berlebihan.

2. i-Wibawa

Bagi usahawan yang menjalankan projek bermusim seperti perniagaan semasa bulan Ramadan atau projek kontrak yang menerima bayaran sekaligus, skim i-Wibawa menawarkan penyelesaian pembiayaan yang tepat.

Pembiayaan pertama boleh diperoleh sehingga RM5,000. Bagi pembiayaan seterusnya, pemohon boleh memohon tambahan sehingga RM5,000 dan menjadikannya fleksibel untuk projek berskala kecil dan sederhana.

Dengan skim ini, usahawan dapat menguruskan modal projek dengan lebih lancar. Ia memastikan perniagaan terus berjalan walaupun menghadapi keperluan modal yang tinggi dalam tempoh singkat.

3. i-Bestari

Manakala Skim i-Bestari pula menekankan kepentingan pendidikan dan peningkatan kemahiran dalam perjalanan keusahawanan.

Skim ini membantu usahawan untuk menambah ilmu, menghadiri kursus atau membiayai pendidikan anak-anak dari peringkat rendah hingga ke pusat pengajian tinggi.

Pembiayaan sehingga RM5,000 dapat memberikan ruang kepada keluarga usahawan untuk terus menyokong pendidikan sambil menguruskan perniagaan mereka.

Tempoh bayaran balik sehingga 100 minggu juga membolehkan peminjam merancang kewangan keluarga dan perniagaan secara seimbang.

4. i-Penyayang

Kegagalan projek adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan dalam dunia keusahawanan. Skim i-

Penyayang diwujudkan khas untuk membantu Sahabat Usahawan yang menghadapi masalah kegagalan ekonomi.

Skim ini memberikan mereka peluang kedua untuk memulakan semula perniagaan.

Pembiayaan sehingga RM5,000 dengan tempoh bayaran balik maksimum 100 hari menawarkan bantuan cepat.

Ia membantu mengembalikan modal dan memulihkan keyakinan usahawan. Skim ini menekankan kepedulian AIM terhadap kesejahteraan peminja serta membantu mereka bangkit semula dengan lebih mantap.

Syarat dan kelayakan pembiyaan Program Pembiayaan KUSKOP 2026

  1. Terbuka kepada warganegara Malaysia.

  2. Umur pemohon: 18 hingga 75 tahun.

  3. Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM5,880 setahun.

  4. Pendapatan perkapita tidak melebihi RM1,470 setahun.

  • Pemohon mesti mempunyai status bermastautin sekurang-kurangnya 1 tahun.

  • Kadar pembiayaan yang ditawarkan ialah 10%.

  • Program ini direka untuk menyasarkan golongan yang benar-benar memerlukan sokongan kewangan bagi memajukan perniagaan dan kehidupan.

  • Peluang terbuka untuk wanita

    Satu aspek penting Program Pembiayaan KUSKOP 2026 adalah fokus kepada wanita. AIM memberi tumpuan kepada memperkasakan wanita dalam bidang keusahawanan melalui akses pembiayaan, latihan dan sokongan berterusan.

    Inisiatif ini bukan sahaja membantu wanita mengembangkan perniagaan mereka tetapi juga meningkatkan pendapatan isi rumah dan memperkukuh ekonomi komuniti secara keseluruhan.

    Bagi mereka yang berminat untuk memanfaatkan peluang ini, permohonan boleh dibuat dengan mengimbas Kod QR yang disediakan atau melayari laman rasmi AIM di https://aim.gov.my/skim_pembiayaan/spi.

    Baca juga:

    Selain itu, pemohon juga boleh hadir ke pejabat cawangan AIM berhampiran untuk mendapatkan maklumat lanjut dan nasihat secara langsung.

    Secara keseluruhannya, Program Pembiayaan KUSKOP 2026 jelas menunjukkan komitmen AIM dalam mewujudkan ekosistem keusahawanan yang inklusif.

    Program ini menyokong usahawan di setiap peringkat. Ia membolehkan golongan wanita serta Sahabat Usahawan bangkit, berkembang dan berjaya dalam dunia perniagaan yang kompetitif.

    Dengan pelbagai skim yang direka khas untuk memenuhi keperluan berbeza, ini adalah peluang emas untuk memulakan atau memperkukuh perjalanan keusahawanan anda.

    View Original Article