Terowong Lebuhraya Di Seoul Terbakar, Lima Orang Dilapor Terkorban Setakat Ini

29 Dec 2022 • 10:20 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Terowong Lebuhraya Di Seoul Terbakar, Lima Orang Dilapor Terkorban Setakat Ini

Sekurang-kurangnya lima maut dan 37 cedera dalam insiden kebakaran yang berlaku di terowong di sepanjang lebuh raya di Gwacheon, selatan Seoul, lapor Yonhap News.

Difahamkan, kebakaran berlaku pada jam 1.49 petang di Lebuhraya Gyeongin Kedua yang menghubungkan bandar pelabuhan barat Incheon ke Bandar Seoungnam.

Menurut pihak berkuasa, kira-kira 37 orang yang tercedera; tiga daripadanya parah, melecur dan kebanyakan mengalami cedera ringan kerana terhidu asap malah kesemuanya dilaporkan sedang menjalani rawatan.

Pasukan penyelamat menemui lima korban di empat lokasi berbeza.

Bagaimanapun, kebakaran tersebut berlaku susulan daripada pertembungan antara sebuah bas dan lori. Disebabkan itu, api telah merebak dengan cepat ke terowong sehingga menyebabkan kepulan asap yang tebal.

Justeru, pihak berkuasa bertindak menyiasat punca kebakaran dengan lebih teliti sejurus selepas kebakaran terkawal.

image is not available
Kredit: Yonhap

“Presiden Yoon Suk Yeol mengarahkan kerajaan untuk membongkar seluruh kawasan kemalangan untuk memastikan tiada korban tambahan dan memberi bantuan perubatan sepenuhnya kepada mangsa yang tercedera,” kata Timbalan Presiden, Lee Jae-myong,

Tambahnya lagi, Yoon juga menggesa pihak bertanggungjawab menganalisis secara menyeluruh tentang punca kerosakan, langkah untuk mencegah kemalangan tersebut daripada terus berlaku lagi selepas ini dan pemeriksaan segera ke atas terowong tersebut.

Sementara itu, 94 trak bomba, 219 anggota bomba dan helikopter dihantar ke tempat kejadian dan api dilaporkan berjaya berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 4:12 petang.