Terowong SMART Ditutup Bagi Persediaan Operasi Banjir

10 Dec 2022 • 8:53 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Terowong Lebuhraya SMART - Gambar Fail

KUALA LUMPUR - Terowong Lebuhraya SMART ditutup sepenuhnya kepada pengguna bagi persediaan operasi banjir susulan hujan lebat sejak petang tadi.

Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn Bhd (SMART) menerusi catatan di Twitter memaklumkan bahawa penutupan berkenaan dilaksanakan selepas menerima arahan daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pada jam 7.13 malam tadi.

“Mod 3 telah diaktifkan iaitu proses penyuraian dan penutupan terowong SMART dilaksanakan oleh Pusat Kawalan Trafik SMART dan air banjir masih dilencongkan,” menurut catatan itu.

Status Terowong Lebuhraya SMART boleh diikuti melalui laman web SMART di www.smarttunnel.com.my , twitter@smarttunnel atau 'Smart Tunnel' di Facebook.

Hubungi talian bantuan SMART di 1300887188 untuk pertanyaan atau maklumat lanjut. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved