“Terpaksa Pulak Kita Ikut Muka Budak Tu Padahal..” – Netizen Samakan Wajah Alyah Dengan Ira Kazar, Ini Respon Tuan Badan

7 Feb 2023 • 5:58 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Penyanyi Datin Alyah menerusi video dimuat naik di TikTok meminta netizen untuk berhenti memberi komen mengatakan mukanya sama seperti orang lain.

Menerusi rakaman itu, Alyah berkata meskipun manusia mempunyai 7 wajah yang sama dari satu dunia tetapi tidak perlulah bercakap tentang hal tersebut pada setiap video dimuat naik olehnya.

Difahamkan, netizen bukan sahaja bercakap tentang hal itu tetapi juga turut tag nama individu yang dikatakan sama sepertinya di ruangan komen.

Setiap kali saya buat video, mesti cakap orang yang sama. Kalau ikutkan saya ni dah tua dah, lahir tahun 81. Terpaksa pula ikut muka budak itu padahal kita lahir dulu.”

Meskipun tidak menyebut mana-mana pihak tetapi rata-rata netizen mengaitkan wajah isteri kepada Dato Ramli MS itu persis isteri kedua Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar.

image is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not available

image is not available 1 hari lalu

Lasak Bermain 'Indoor Playground', Gelagat Ira Kazar Jadi Perhatian - "Eh Kata Pregnant"