Terpaksa Terima Rawatan Kecemasan, Park Bom Tinggalkan Pentas Di Pertengahan Konsert 2NE1

WorldEntertainment
18 Nov 2024 • 11:06 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Pada 16 dan 17 November yang lalu, 2NE1 telah ‘terbang’ ke Manila, Filipina, untuk konsert jelajah mereka.

Namun ketika hari kedua konsert mereka, peminat mula risau apabila Park Bom tidak kembali ke atas pentas bersama ahli yang lain, untuk membuat persembahan.

CL menyatakan sebabnya,

Park Bom dah rasa tak sihat sejak dari semalam jadi, sila berikan dia kasih sayang. Saya ingin mengutamakan kesihatan semua orang sebelum segalanya-galanya. Saya harap awak semua faham.

Malahan tidak lama kemudian, YG Entertainment turut mengeluarkan kenyataan, memberi kemas kini tentang kesihatan Park Bom. Menurut agensi,

Kami dukacita memberitahu anda bahawa Park Bom dari 2NE1 tidak dapat menyempurnakan persembahannya kerana isu berkaitan kesihatan di konsert di Manila.

Walaupun menerima rawatan perubatan kecemasan di lokasi, keadaannya tidak bertambah baik, dan malangnya, dia tidak dapat kembali ke pentas.

Mohon maaf kepada semua yang menunggu konsert ini.

Semoga cepat sihat tau Park Bom!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.