“Terpaling Lady Gaga Malaysia” – Berfesyen Sampai Halang Pandangan, Netizen Mula Rimas Dengan Aina Abdul

18 May 2023 • 12:50 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebelum ini, penyanyi, Aina Abdul tampil dengan imej berturban tinggi ketika menghadiri minggu kedua program realiti Big Stage musim kelima sebagai juri tetap.

Bagaimanapun, penampilan Aina atau nama penuhnya Nurul Aina Abdul Ghani dikecam apabila fesyennya dikatakan agak mengganggu pandangan penonton yang duduk di bahagian belakang.

Bila saya cuba turban tu, saya percaya bukan saja netizen malah penerbit program pun akan kecam sebab itu kami potong sikit.

Menerusi laman Twitter, seorang penerbit berasal dari Indonesia juga seakan-akan mengeluh kerana pakaian penyanyi berusia 29 tahun itu.

Susulan itu, rata-rata netizen telah meminta Aina untuk menghormati orang lain dengan memilih pakaian yang bersesuaian dengan majlis.

Bukan itu sahaja, ramai yang mula mengkritik fesyen yang sering digayakan oleh penyanyi lagu Semalam itu kerana agak keterlaluan.

Malah, netizen turut memberi pendapat agar Aina tampil dengan imej bersederhana yang tidak menyusahkan orang lain.

image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 23 jam lalu

"Over, Malu Kita Yang Tengok" - Tayang Berpeluk Di Instagram, Ramai 'Jealous' Dengan Che Ta & Suami?