Terpalit Kontroversi, Seunghan Tampil Mohon Maaf & Umum Bakal Berehat Dari Aktiviti RIIZE

22 Nov 2023 • 12:00 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Seung-han akan menangguhkan aktiviti bersama RIIZE.

Pada 22 November, SM Entertainment telah mengeluarkan kenyaataan rasmi di sidang media mengenai kontroversi yang melanda salah seorang ahli RIIZE iaitu Seung-han.

Mereka berkata,

Seung-han sedang mengalami kekecewaan dan kekeliruan terhadap ahli kumpulan serta peminatnya selepas kehidupan peribadinya disebarkan di media sosial dan komuniti atas talian tanpa sebarang kebenaran.

Tambah mereka,

Untuk bertanggungjawab keatas isu tersebut, Seung-han telah berfikir panjang dan membuat keputusan untuk berehat dari sebarang aktiviti demi untuk menjaga imej kumpulan tersebut.

Sambungnya lagi,

Jadi, kami ingin umumkan bahawa mulai ahad ini (26 November), RIIZE akan aktif dengan 6 orang ahli kecuali Seung-han. Jadi kami harap peminat akan dapat menyokong keputusan yang telah dibuat. Kami juga ingin memohon maaf sekali lagi.

Dalam masa yang sama, Seung-han juga telah meminta maaf serta menghantar surat tulisan tangan buat peminat di aplikasi Weverse.

image is not available

Sementara itu, SM Entertainment juga menyatakan bahawa mereka akan mula mengambil tindakan terhadap individu yang menyebarkan maklumat palsu mengenai kumpulan tersebut.

Apa pendapat korang tentang isu ini?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

View Original Article