Terpedaya Gaji Lumayan, Lelaki Dari Sarikei ‘Terperangkap’ Di Myanmar Dipaksa Jadi Scammer

23 Sep 2023 • 1:08 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Disebabkan gaji lumayan, seorang lelaki terpedaya dengan tawaran kerja

Terpedaya Gaji Lumayan, Lelaki Dari Sarikei ‘Terperangkap’ Di Myanmar Dipaksa Jadi Scammer. Terbaharu, seorang lelaki berusia 29 tahun dari Sarikei bersama beberapa lagi rakyat Malaysia lain dipaksa menjadi scammer di Myanmar disebabkan terpedaya dengan tawaran kerja di luar negara dengan gaji yang lumayan.

Memetik laporan, Ketua Polis Daerah Sarikei, Superintendan Awang Arfian Awang Bujang mengatakan bahawa Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Sarikei menerima laporan polis daripada wanita warga tempatan berumur 34 tahun, kakak kandung kepada mangsa jam 12.43 tengah hari, pada Khamis.

Ditipu dan didera oleh majikan

Dalam pada itu, wanita itu turut berkata, adiknya kini berada di Myanmar bersama beberapa orang rakyat Malaysia yang ditipu dengan tawaran kerja dan didera oleh majikan mereka.

“Siasatan awal mendapati, mangsa tertarik dengan tawaran pekerjaan dengan bayaran gaji yang lumayan melalui media sosial Facebook.

“Mangsa diperdaya dan dibawa ke Myanmar oleh ejen dengan menawarkan gaji RM3,000 sebulan,” katanya menerusi sumber.

image is not available
Gambar hiasan. Sumber: maukerja

Tidak memberitahu jenis pekerjaan akan dilakukan

Bagaimanapun, difahamkan ejen tersebut tidak memaklumkan kepada mangsa mengenai pekerjaan jenis apa yang akan dilakukan.

“Mangsa dipaksa bekerja sebagai scammer dan sekiranya gagal mencapai sasaran yang dikehendaki mereka akan didenda atau didera serta dipaksa untuk makan makanan yang tidak halal.

“Selain itu, mangsa memberitahu kepada kakaknya bahawa kad pengenalan dan pasport diambil oleh majikan supaya mangsa tidak dapat melarikan diri,” katanya.

image is not available
Gambar hiasan. Sumber: hm

Kakaknya melaporkan kepada pihak polis kerana bimbang dengan adiknya

Selain itu, kakaknya membuat laporan polis kerana bimbang dengan keselamatan adiknya dan memohon bantuan pihak berkenaan membawa pulang mangsa ke Malaysia.

“Tindakan diambil oleh polis dalam usaha membawa pulang mangsa menerusi Interpol Bukit Aman dan Kedutaan Malaysia,” tambahnya lagi.

Baca juga artikel yang berkaitan: