Terperangkap kepala air, bomba selamatkan 18 mangsa termasuk tujuh kanak-kanak

11 May 2025 • 9:39 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KUALA LUMPUR, 11 MEI: Sebanyak 18 individu termasuk tujuh kanak-kanak menghadapi detik cemas selepas terperangkap dalam kejadian kepala air ketika sedang beriadah di Sungai Lepoh, Hulu Langat, Selangor, petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu, pada 5.09 petang.

Beliau berkata sebuah jentera daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ampang dengan tujuh pegawai serta anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Komander Operasi melaporkan terdapat 18 mangsa terdiri daripada tiga lelaki, lapan wanita dan tujuh kanak-kanak terkandas akibat kepala air,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Mukhlis berkata kesemua mangsa berjaya diselamatkan pada 6.32 petang.

Bagaimanapun, beliau berkata seorang wanita berumur dalam lingkungan 30-an mengalami sesak nafas dan diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk rawatan.

— BERNAMA

image is not available
Anggota bomba menyelamatkan mangsa yang terperangkap dalam kejadian kepala air ketika sedang beriadah di Sungai Lepoh, Hulu Langat, Selangor pada 11 Mei 2025. Foto Bomba

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved