Terperdaya pelaburan wang digital, peniaga kedai makan rugi lebih RM400,000

27 Jan 2024 • 4:55 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

JOHOR BAHRU, 27 JAN: Seorang peniaga kedai makan kerugian lebih RM400,000 akibat terpedaya dengan penipuan pelaburan mata wang digital bitcoin di Facebook.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Rahmat Ariffin berkata lelaki berusia 56 tahun itu, yang membuat laporan polis di sini semalam, mendaftar pelaburan menerusi pautan di Facebook dan telah berhubung dengan seorang individu dipercayai warga tempatan untuk membuat pembayaran.

“Mangsa secara keseluruhan telah membayar sebanyak RM413,522 di sembilan akaun berlainan bermula November tahun lepas sehingga Januari ini.

“Dalam masa dua bulan membuat pelaburan, mangsa mendapati nilai keuntungan telah meningkat sebanyak 1.5 juta dolar Amerika Syarikat menerusi sebuah aplikasi, namun individu tersebut memaklumkan mangsa perlu membayar sebanyak RM176,575 bagi proses pengeluaran pulangan itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mangsa berasa tertipu selepas tidak dapat mengeluarkan keuntungan pelaburan justeru tampil membuat laporan polis.

Rahmat berkata kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

— BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved