Terperdaya Tawaran Kerja Palsu, 5 Lelaki Temui Ajal

22 Aug 2023 • 10:03 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

5 individu lelaki ditipu dengan pekerjaan palsu, sebaliknya dipaksa memenggal kepala

Terperdaya Tawaran Kerja Palsu, 5 Lelaki Temui Ajal. Lima individu lelaki menjadi mangsa kekejaman oleh pertubuhan atau kumpulan kartel dadah dalam kes pembunuhan yang berlaku di Guadalajara, Mexico pada Jumaat lalu.

Apa yang lebih menakutkan, salah seorang daripada mereka terpaksa memenggal kepala kawan baiknya sebelum dirinya sendiri dibunuh oleh kumpulan kartel tersebut.

image is not available
Sumber: majoriti

Diarah baring depan kawan baik sebelum dipaksa membunuh rakannya

Difahamkan ketika kejadian, mangsa disuruh baring di hadapan salah seorang yang ditugaskan untuk memukul dan memenggal kepala rakannya.

Menurut sumber, rakaman video dikongsikan oleh anggota kartel Jalisco New Generation Cartel (CJNG) memaparkan kelima-lima mangsa melutut sambil memberikan pandangan sayu ke arah lensa kamera.

Bukan itu sahaja, kesemua mangsa mengalami kesan lebam, pita di bibir dan mulut serta pergelangan tangan diikat ke belakang.

Sedang dalam perjalanan pulang, namun menahan kenderaan mangsa

Dipercayai mangsa berkenaan pada mulanya sedang dalam perjalanan pulang dari sebuah acara di bandar tersebut.

Namun, menurut saksi, sekumpulan lelaki bersenjata memberhentikan kereta mangsa di Mirador San Miguel, Mexico, sebelum memindahkan mereka menaiki pikap dan sebuah van putih bercermin gelap.

image is not available
Tempat kejadian. Sumber: dailymail

Video pembunuhan itu tersebar di media sosial

Tidak lama selepas itu, video pembunuhan ngeri itu tersebar secara meluas di media sosial, dengan salah seorang mangsa dipaksa untuk memukul, menikam, dan memenggal kepala rakan baiknya yang rapat sejak kecil.

Menerusi video tersebut, tulisan di dinding ‘Puro MZ’ jelas difahamkan berkaitan dengan El Mayo Zambada, ketua Sinaloa Cartel (CDS), musuh utama CJNG.

Ditipu dengan tawaran pekerjaan palsu, dipaksa dan diugut melakukan kegiatan terlarang

Memetik laporan, kelima-lima mangsa ditipu oleh tawaran kerja palsu daripada kartel terbabit. Bagaimanapun, sebaik tiba di lokasi yang diiklankan, mereka semua dipaksa melakukan kegiatan terlarang dan diugut bunuh jika enggan.

Kartel itu mengiklankan jawatan palsu di bawah nama firma atau syarikat yang tidak wujud, malah dengan gaji dan faedah yang tidak masuk akal.

Sementara itu, Gabenor Enrique Alfaro menyatakan bahawa kes itu pastinya melibatkan kartel dadah dan meminta supaya perkara berkenaan diserahkan kepada pendakwa raya persekutuan untuk menyiasat dengan lebih lanjut.

Baca artikel yang berkaitan: