Terpisah sempadan negara, warga emas ziarah adik sama-sama hidap strok

LocalFamily & Parenting
25 Jan 2025 • 6:07 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
warga emas ziarah adik

Seorang warga emas ziarah adik kandungnya yang sama-sama menghidap penyakit strok di Narathiwat memandangkan sebelum ini mengalami sedikit kekangan untuk pulang ke sana disebabkan kesihatan yang kurang baik.

Menerusi hantaran di TikTok milik penyanyi Farez Adnan, dia telah memuat naik video pertemuan bapanya dengan adik di Narathiwat selepas agak lama tidak ke sana setelah diserang strok pada 2023.

@farezadnanofficial

Ayah memang rapat dengan adik adik semua. Setiap tahun akan balik kampung Narathiwat. Jadi bila ayah sakit. Susah sikit nk balik.

♬ La Illah Ela Allah - Mohamed Youssef

Warga emas ziarah adik, dua tahun tidak bertemu

Ujarnya, hubungan bapa dengan adik beradik yang lain cukup rapat dan kerap ke sempadan negara Thailand bagi berjumpa mereka sewaktu masih sihat sebelum ini.

Dapat dilihat yang adik kepada warga emas berkenaan menyambut dengan penuh gembira keadaan abangnya walaupun dia sendiri berada di kerusi roda disebabkan penyakit yang sama.

image is not available

Warga emas ziarah adik, masing-masing menangis

Mereka yang saling merindu menangis berdua selepas hampir dua tahun tidak berjumpa kerana kesihatan masing-masing yang tidak mengizinkan.

Menurut Farez, bapa saudaranya telah diserang strok pada tahun 2019, manakala ayahnya pula kira-kira dua tahun yang lalu.

image is not available

Mesti mereka teringat kehidupan sewaktu masih kecil

Perkongsian tersebut telah membuatkan ramai sebak kerana melihat dua beradik tersebut yang sama-sama sebak mengenangkan keadaan masing-masing.

Ada juga diantara netizen yang berkongsi kisah hampir sama serta mengakui bahawa perasaan orang berusia agak sensitif lebih-lebih lagi ketika berada dalam keadaan kurang sihat.

image is not available

Mata kita masuk habuk tengok video ni

image is not available

Ada juga yang alami hal hampir sama

image is not available

 

Semoga ikatan persaudaraan kekal terjaga walaupun berbeza negara serta mereka semua terus diberi kesihatan yang baik di masa hadapan.

Sumber: TikTok farezadnanofficial