“Tersakiti, Menyakiti, Difitnah, Memfitnah Semua Dapat Masalah, Baik Diam” – Kisah Silam Dengan Suami Baru ‘Dikorek’, Shakilla Khoriri Elak ‘Spill The Tea’

Entertainment
26 Feb 2024 • 1:14 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Biarpun baru saja dua hari memulakan hidup bersama suami baru, rumah tangga pelakon Shakilla Khoriri kini menjadi sasaran selepas netizen ‘mengorek’ semula kisah suami bersama bekas isterinya sebelum ini.

Shakilla pilih diam diri

Sedar dengan situasi yang sedang berlaku, Shakilla berkata dia tidak teragak-agak untuk mendedahkan kisah sebenar yang bakal melibatkan serta menjejaskan banyak pihak.

Namun begitu, dia lebih memilih untuk elak dari berlakunya hal demikian serta menyarankan orang ramai untuk teruskan hidup masing-masing agar tiada masalah berlaku.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SHAKILLA KHORIRI (@shakillakhoriri)

Sibuk betul kalian mengorek sana sini kisah dalam kain orang. Yang tersembunyi di sebalik permasalahan pun ada. Jangan paksa saya untuk spill the tea.

Semua pihak akan tersakiti

Bahkan seakan-akan memberi amaran jika dia membuka mulut, banyak pihak yang akan tersakiti dan hadapi masalah.

Yang tersakiti, yang menyakiti, yang difitnah dan memfitnah semua akan dapat masalah kelak. Baik diam.

Difahamkan, perkongsiaan tersebut dikongsikan oleh aktres itu melalui akaun TikToknya.

image is not available

image is not available 1 day ago

"Semoga Kalian Berbahagia Atas Segala Perbuatan Kalian" - Hantaran Lama Facebook Milik Bekas Isteri Kepada Suami Pelakon Wanita Jadi Tumpuan