Tersangkut gara-gara ‘ikut’ waze

LocalCars
1 Nov 2026 • 9:39 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Tersangkut gara-gara ‘ikut’ waze

 

BUTTERWORTH – Gara-gara mengikut arahan aplikasi Waze, sebuah bas persiaran yang membawa lebih 30 penumpang dari Johor tersangkut di bawah jejambat di Taman Bagan malam tadi.

Dua penumpang turut dilaporkan mengalami kecederaan ringan selepas terkena serpihan kaca, bagaimanapun keadaan mereka dilaporkan stabil.

Kesan rempuhan menyebabkan hampir separuh daripada badan bas tersangkut di bawah jejambat, menyebabkan beberapa cermin tingkap pecah dan serpihan kaca bertaburan di atas jalan raya. 

Pemandu bas yang hanya mahu dikenali sebagai Razali berkata, dia membawa penumpang ke sebuah hotel berhampiran sebelum meneruskan perjalanan ke Kedah hari ini.

Menurutnya, dia bergantung kepada aplikasi navigasi Waze, yang didakwa mengarahkannya melalui laluan itu tanpa mengambil kira had ketinggian jejambat berkenaan. 

“Saya terdengar bunyi dentuman yang kuat ketika memandu di bawah jejambat. Beberapa saat kemudian, cermin bas pecah dan serpihan kaca bertaburan di mana-mana. 

“Saya sangat terkejut dengan apa yang berlaku,” katanya.

Razali berkata, dia pernah ke Butterworth beberapa kali sebelum ini, tetapi ia adalah kali pertama beliau mengikut aplikasi navigasi Waze melalui jejambat di Taman Bagan. 

Katanya, keadaan yang malap serta faktor tidak biasa dengan kawasan terbabit menyebabkan beliau bergantung sepenuhnya pada arahan aplikasi berkenaan.

Tinjauan di lokasi kejadian, mendapati laluan bawah jejambat mempunyai papan tanda had ketinggian 2.6 meter, serta papan tanda amaran yang menunjukkan kawasan berkenaan kerap berlaku kemalangan.

The post Tersangkut gara-gara ‘ikut’ waze appeared first on Kosmo Online.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved