
Kecoh di media sosial semalam penyebaran di Telegram mendakwa fakta siasatan polis kes kanak-kanak autisme mati dibunuh iaitu Zayn Rayyan.
Susulan penyebaran itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain akan meminta bantuan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) untuk menyekat maklumat tidak sahih itu di media sosial.
Terbaru, peguam yang mewakili keluarga berkenaan, Fahmi Abd Moin memaklumkan keluarga Zayn Rayyan akan mempertimbangkan untuk membuat laporan polis.
Katanya, penyebaran maklumat berkenaan adalah lebih kepada fitnah jenayah.

Terdahulu, ibu bapa Zayn Rayyan iaitu Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengabaikan Zayn Rayyan dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.
Kedua-dua tertuduh dibenarkan pulang ke rumah selepas selesai membayar ikat jamin sebanyak RM20,000. Sebutan semula kes ditetapkan pada 26 Julai ini.
Kredit: Harian Metro


