Tersebar Sisi Gelap Dakwa Aisyah Hijanah Suka Maki Hamun Dan Jerit Di Pejabat, Staf Siap Simpan Rakaman Suara?

15 Jul 2024 • 10:26 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Aisyah Hijanah maki pekerja

Kecoh di media sosial apabila pasangan influencer islamik terkenal, Alif Teega dan Aisyah Hijanah ditahan reman baru-baru ini selepas terpalit dengan isu seleweng derma orang ramai.

Terbaru! Di platform X, tular pula satu hantaran yang mendedahkan sisi gelap Aisyah Hijanah sebagai majikan. Apa kes?

Kalau korang tengok hantaran itu, Aisyah didakwa menganiaya ramai pekerjanya malah menunggang agama untuk hidup mewah. Biar betul?

Aisyah juga dikatakan bersikap majikan yang toksik kerana banyak kali memecat pekerja sesuka hati. Bukan tu jer, staf yang berhenti kerja juga tidak akan dibayar gaji penuh. Sampai macam tu sekali ya!

Staff memang sentiasa keluar masuk….dah jadi macam ritual setahun sekali dia akan pecat staf. Kalau tak pecat pun, dia akan buat macam-macam alasan supaya staf berhenti sendiri.

Ada lagi yang tak best! Pempengaruh itu juga didakwa kerap memaki hamun pekerjanya dan menjerit di pejabat. Siap ada yang simpan rakaman suara lagi tapi takut nak hebahkan.

image is not available

Jap!