Tersenyum ambil skrol, warga emas 77 tahun genggam ‘degree’ undang-undang

10 Sep 2024 • 4:34 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
warga emas 77 tahun

Seorang warga emas 77 tahun genggam degree undang-undang apabila menerima skrol pada Istiadat Konvokesyen Universiti Tekonologi Mara kali ke-99.

Dari Fakulti Undang-Undang UiTM

Menerusi TikTok uitm_channel, warga emas berkenaan, Zulkifly Abdullah dilihat tersenyum sewaktu maju mengambil skrol miliknya selepas berjaya menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Pengajian Undang-Undang dari Fakulti Undang-Undang, Universiti Teknologi Mara (UiTM).

@uitm_channel

Warga emas berusia 77 tahun dari jurusan Sarjana Muda Pengajian Undang-Undang, Fakulti Undang-Undang naik pentas menerima skrol di #istiadatkonvokesyenuitm99 #Konvoksyen99 #konvo99 #usahatakwamulia #uitmdihatiku

♬ original sound - UiTM Channel - UiTM Channel

Warga emas 77 tahun tersenyum melangkah atas pentas

Dapat dilihat Zulkifly tersenyum sewaktu melangkah kehadapan untuk menerima skrol miliknya dan menerima tepukan yang gemuruh daripada hadirin yang ada di dewan berkenaan.

image is not available

Anak warga emas 77 tahun bangga kejayaan bapa

Dalam pada itu, seorang pengguna TikTok yang memperkenalkan dirinya sebagai anak kepada warga emas berkenaan telah menzahirkan rasa bangga dengan kejayaan bapanya dan mengucapkan tahniah diatas ijazah sarjana muda yang diterima oleh warga emas tersebut.

image is not available

Ramai kagum dengan semangat warga emas belajar

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mengucapkan tahniah di atas kejayaannya menggenggam segulung ijazah dan kagum dengan semangat untuk menimba ilmu walaupun sudah berusia.

Mereka juga merasakan situasi tersebut sangat memberi inspirasi kepada orang ramai kerana tiada had umur untuk terus belajar dan menimba ilmu kerana yang paling utama adalah kemahuan.

image is not available

Sangat menginspirasikan banyak orang

image is not available

Tiada kata lambat untuk menuntut ilmu

image is not available

Degree Pengajian Undang-Undang tau, jangan main2!

image is not available

Tahniah! Orangnya cukup hebat

image is not available

Semoga lebih ramai lagi masyarakat kita bersemangat untuk belajar dan tiada kata terlambat bagi menimba ilmu pengetahuan.

Sumber: TikTok uitm_channel

View Original Article