Tersepit Bawah Lori 5 Tan, Pemandu Lori Maut Di Sabah

10 Jun 2024 • 1:19 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Pemandu lori maut kerana terhempap bawah pam hidraulik lori 5 Tan

Tersepit Bawah Lori 5 Tan, Pemandu Lori Maut Di Sabah. Seorang pemandu lori berusia 35 tahun maut apabila tersepit di bawah pam hidraulik lori seberat lima tan di Kg Taginambur, Jalan Tamparuli-Ranau, Sabah pada Sabtu.

Difahamkan, kejadian berlaku ketika lelaki itu sedang memeriksa bahagian kenderaan selepas mengalihkan muatan tanah.

image is not available
Tersepit Bawah Lori 5 Tan, Pemandu Lori Maut Di Sabah

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Tuaran Mohamad Nor Amit berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 1.51 tengah hari.

Mangsa ditemui tidak sedarkan diri

Beliau berkata 10 anggota termasuk pegawai bergegas ke tempat kejadian sambil menambah mangsa ditemui terperangkap di bahagian bawah pam hidraulik dan tidak sedarkan diri.

Menurut laporan, mangsa dikeluarkan menggunakan peralatan khas dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Baca juga artikel yang berkaitan: