Terseret Bawah Treler, Peserta RXZ Members 6.0 Dilapor Maut

LocalCars
15 Sep 2024 • 9:59 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Terseret Bawah Treler, Peserta RXZ Members 6.0 Dilapor Maut

Seorang peserta program RXZ Members 6.0 maut dalam kemalangan di Kilometer 379.5 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), berhampiran Ajil menghala ke Bukit Besi pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintenden Zainul Mujahidin Mat Yudin, memaklumkan bahawa insiden berlaku pada jam 3 petang.

Ketika kejadian, mangsa iaitu Ahmad Amir Muhamad, 29, sedang dalam perjalanan pulang ke Felda Seroja, Jengka 18, Temerloh, Pahang.

Menurut siasatan awal, mangsa cuba memotong sebuah lori dengan menggunakan lorong kecemasan.

Namun, ketika memotong, motosikal mangsa bergesel dengan sebuah motosikal RXZ lain yang berhenti di lorong kecemasan tersebut.

“Akibat kejadian itu mangsa telah terjatuh di atas jalan raya dan terseret masuk ke bahagian bawah sebuah treler.

“Mangsa yang bekerja sebagai buruh disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kepala,” katanya.

image is not available
Sumber: Sinar Harian

Mengulas lanjut, beliau berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu bagi tindakan lanjut.

“Seorang lagi penunggang RXZ dan pemandu treler tidak mengalami kecederaan.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Sumber: Sinar Harian