Terseret motosikal, bas ekspres terbakar

29 Nov 2022 • 11:17 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Keadaan bas yang terbakar 90 peratus.

image is not available
Anggota bomba bertungkus lumus memadamkan kebakaran bas berkenaan.

BATU PAHAT - [DIKEMAS KINI] Sebuah bas ekpres terbakar gara-gara terseret motosikal yang diparkir di tepi lebuh raya di Kilometer (KM) 97.3 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan dekat Yong Peng, pada Isnin.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Yong Peng, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Asyraf Nur Mohd Yusoff, bas berkenaan dipercayai telah terlanggar motosikal berkenaan dan menyeretnya beberapa meter sebelum terbakar.

“Keadaan di situ gelap, difahamkan, penunggang motosikal berkenaan terjatuh dan bawa motosikal di tepi lebuh raya.

“Kemudian bas ekspres berkenaan telah melanggar kenderaan berkenaan dan mengheretnya lebih kurang 100 meter sebelum mula terbakar.

“Dipercayai minyak yang tumpah daripada motosikal berkenaan menjadi punca kepada kebakaran berkenaan. Bagaimanapun api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada 11.50 malam,” katanya pada Selasa.

Difahamkan, kesemua 20 penumpang melibatkan 10 wanita dan 10 lelaki termasuk pemandu bas tidak mengalami sebarang kecederaan dan berjaya keluar dengan selamat sebelum ketibaan pihak bomba.

Bagaimanapun, penunggang motosikal yang cedera akibat terjatuh sebelum itu dibawa ke Hospital Batu Pahat bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Asyraf Nur berkata, kedua-dua kenderaan musnah lebih kurang 90 peratus.

View Original Article