Terserlah wajah bangga! Anak Nora Danish berjaya tamatkan pengajian di Kolej Tuanku Ja’afar

EntertainmentFamily & Parenting
19 Jun 2025 • 9:49 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon terkenal, Nora Danish mendedahkan anak sulungnya, Putra Rayqal Hakim telah berjaya tamatkan pengajian di Kolej Tuanku Ja’afar, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh Nora atau Nora Mohd Danish Hanif di Insta-storynya, dia berkongsi beberapa momen ketika menghadiri majlis graduasi anaknya itu bersama bekas suami, Datuk Rizal Ashram Ramli.

Dalam hantaran itu, turut hadir keluarga bekas mentuanya dan Nora dan Rizal atau lebih mesra disapa Jejai meluangkan masa bersama anak-anak selepas majlis tersebut.

Tamatkan pengajian

image is not available

image is not available

Untuk rekod, Nora pernah berkahwin dengan Jejai pada 20 Jun 2006 dan dikurniakan seorang anak, Putra Rayqal, 17 tahun.

Bagaimanapun, Nora bercerai dengan Jejai pada 10 Julai 2008.

Nora kemudian berkahwin buat kali kedua dengan Mohamad Nedim Nazri pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Mohamed Neqayl.

Namun, perkahwinan kedua itu turut berakhir dengan perpisahan dimana Nora dan Nedim berpisah pada tahun lalu.

Tamatkan pengajian

image is not available

image is not available

Selain Nora Danish, Jejai juga pernah berkahwin dengan pelakon popular Fasha Sandha pada 27 April 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal dan Putri Raysha Jemima.

Bagaimanapun mereka bercerai pada 20 Januari 2016. Fasha juga sudah berkahwin buat kali kedua dengan pelakon Aidil Aziz pada 30 Mac 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Aisha.

Sumber: Instagram @Nora Danish

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved