
JAKARTA – Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, menjadi perhatian warganet selepas satu video memaparkan beliau tersilap menyebut Tahun Baharu 2021 ketika menyantuni mangsa banjir di pusat pemindahan sementara di Tapanuli Selatan.
Kejadian itu berlaku ketika Prabowo hadir bersama rakyat untuk meraikan sambutan ambang tahun baharu di lokasi berkenaan. Menerusi rakaman yang kini tular di media sosial, beliau dilihat menyampaikan ucapan ringkas kepada penduduk setempat.
“Selamat Tahun Baharu 2021! Semoga Yang Maha Kuasa sentiasa memberikan yang terbaik kepada kita semua,” katanya.
Video Tular, Suasana Kekal Meriah
Walaupun berlaku kesilapan sebutan, suasana kekal meriah apabila orang ramai serta pegawai yang hadir memberikan tepukan gemuruh, sekali gus mencerminkan hubungan mesra antara Presiden dan rakyat.
Rakaman tersebut kemudiannya pantas tersebar di pelbagai platform media sosial termasuk TikTok, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi daripada warganet. Ada yang menganggap momen itu sebagai perkara kecil, malah memuji sikap Prabowo yang dilihat tenang dan bersahaja ketika bersama rakyat, khususnya dalam situasi bencana. – The Malaysian Update
The post Tersilap Sebut Tahun Baharu, Prabowo Subianto Curi Perhatian Warganet appeared first on The Malaysian Update.
