Tertarik Dengan Sikap Watie, Shuib Sedia Bawa Hubungan Ke Fasa Seterusnya

Entertainment
1 Feb 2023 • 1:10 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Shuib - Oh! Media

Umum mengetahui bahawa pelawak dan penyampai radio, Shuib dikatakan mempunyai hubungan yang istimewa bersama ahli perniagaan, Watie Hanifiah.

Baru-baru ini, Shuib telah berkongsi mengenai sebab dirinya menerima kehadiran Watie yang memberi kesan ke atas kehidupannya.

Personaliti penyayang

image is not available

Menurut Shuib, dirinya tidak pernah melupakan Allahyarham Siti Sarah namun kehadiran Watie bagaikan ketentuan takdir dalam hidup. Sikap penyayang Watie yang sanggup menjaga kakak yang OKU sedikit sebanyak membeli jiwanya.

Sampai ke hari ini, saya masih tercari-cari yang saya tidak teringatkan Sarah. Jadi, bila ada orang yang datang kepada kita (Watie), saya pasti ada sebab-sebabnya. Zalimlah saya kalau tidak menghargai orang itu.

Shuib juga memberitahu bahawa ibunya cuba untuk meyakinkan dirinya menerima orang yang baru. Tambahan, dia juga bersedia untuk membawa hubungannya bersama Watie ke fasa yang seterusnya.

Kredit: Mstar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media