Tertelan Pin Papan Kenyataan, Kanak-Kanak Dilapor Maut Dalam Dakapan Ibu Bapa

30 Nov 2022 • 10:34 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Seorang kanak-kanak berusia lima tahun dilaporkan mati tercekik tertelan pin papan kenyataan dalam dakapan ibu bapanya, selepas tiga hari bertarung nyawa, di South Yorkshire, lapor Daily Mail.

Ibu bapanya memberi penghormatan kepada anaknya dengan mengucapkan selamat tinggal di Rotherham General, hanya enam hari selepas hari lahirnya.

“Dia menghembuskan nafas terakhirnya semasa kami memeluknya.

“Saya tidak dapat menjelaskan perasaan saya. Hancur tidak terkata, saya tidak mahu menerima hakikat bahawa ini adalah nyata. Mereka (para petugas kesihatan) mengekalkan sokongan hayat kepadanya sehingga kami bersedia untuk mengucapkan selamat tinggal,” kata ibunya, Emma Lewis.

Semasa kejadian berlaku, mangsa mengalami sawan dan peningkatan suhu. Dalam pada itu, imbasan juga menunjukkan bahawa antara 90 hingga 95 peratus otak mangsa telah rosak selepas menelan pin.

Sementara itu, pengumpulan dana di laman GoFundMe telah ditubuhkan untuk membantu keluarga mangsa untuk memberi penghormatan kepada anak lelaki mereka, selepas dia meninggal dunia.

Sebanyak RM6,000 telah dikumpul setakat ini dan di laman itu juga, terdapat kapsyen yang dinyatakan sekali bagi memudahkan orang awam memahami tujuan dana itu ditubuhkan.

“Penubuhan dana ini adalah untuk memudahkan segalanya, segelintir daripada kami mahu menyediakannya untuk membantu memberi penghormatan terakhir yang mungkin ibu bapa sedang bergelut dalam mencari wang berbuat demikian,” kata kapsyen itu.

Lewis menggambarkan anaknya sebagai kembar suaminya yang suka bergurau senda dan turut menyatakan dia juga suka akan dinosaur.

“Dia adalah kembar bapanya, sangat licik tetapi nakal pada masa yang sama. Pepatah kegemarannya ialah ‘bukan saya’, dan juga suka akan dinosaur,” ujar Lewis memetik Daily Mail.

Bagi memperingati anaknya, Lewis telah menempah baju yang dibuat khas beserta gambar dinasour dan juga frasa kegemarannya.

Sumber: Daily Mail