Tertidur Di Rumah Yang Hendak Diceroboh, Penjenayah Ditemui Dalam Keadaan Mabuk

25 Jan 2023 • 1:49 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Suspek mempunyai enam rekod jenayah dan berstatus orang dikehendaki polis.

Tertidur Di Rumah Yang Hendak Diceroboh, Penjenayah Ditemui Dalam Keadaan Mabuk. Dilaporkan bahawa seorang penjenayah ditemui tertidur di rumah yang dicerobohi akibat mabuk selepas minum minuman alkohol milik penghuni rumah berkenaan dalam satu kejadian di Taman Tanjung, Baharu, Jempol pada Isnin.

Menurut Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook, kehadiran lelaki yang berusia 41 tahun itu telah disedari tuan rumah yang berusia 65 tahun pada jam 6.30 pagi yang lalu membuat laporan polis.

image is not available
Tertidur Di Rumah Yang Hendak Diceroboh, Penjenayah Ditemui Dalam Keadaan Mabuk. Gambar sekadar hiasan

Minum minuman keras sehingga mabuk dan tertidur

Beliau berkata, pengadu sedang bersama isteri dan empat anak mereka di rumah teres satu tingkat tersebut. Semasa memecah masuk ke dalam rumah berkenaan, suspek dipercayai minum minuman keras milik pengadu sehingga mabuk dan tertidur.

Sebaik sahaja pengadu bangun tidur awal pagi, dia menemui suspek terbaring di dalam rumah dalam keadaan tidak sedarkan diri. Bersama suspek, terdapat beg kertas yang mengandungi dua pisau, pemutar skru, dua botol minuman keras, dan sebuah tablet.

image is not available
Sumber foto: FB Oh Bulan

Mempunyai 15 rekod dadah, enam rekod jenayah

Chang Hook berkata suspek dipercayai ingin menceroboh masuk ke rumah berkenaan dan telah memanjat pagar dan masuk melalui pintu belakang yang tidak berkunci.

Hasil pemeriksaan pihak berkuasa, suspek mempunyai 15 rekod dadah, enam rekod jenayah dan berstatus orang yang dikehendaki polis.

Suspek telah direman 4 hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Lagi berita terkini buat anda di sini: