Tertukar Kedudukan Sabah Sarawak Dalam Peta, Proton Tampil Mohon Maaf

13 Jun 2024 • 2:15 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Syarikat pengeluar automotif tempatan, Proton Holdings Bhd (Proton) tampil membuat permohonan maaf berhubung kesilapan melabelkan kedudukan Sabah dan Sarawak di dalam peta ketika pembentangan slaid di majlis pelancaran kenderaan elektrik (EV) e.Mas, semalam.

Menerusi satu kenyataan, Proton memaklumkan pihaknya komited untuk menghormati dan meraikan setiap negeri secara sama rata sekali gus menyesali kesilapan tersebut yang dianggap boleh mencetuskan perasaan sensitif dalam kalangan rakyat Malaysia.

image is not available

Foto: FB Proton Cars

“Proton ingin memberi kenyataan tentang kesilapan melabelkan negeri Sabah dan Sarawak.
“Kami amat menyesali kesilapan yang mungkin telah menimbulkan perasaan sensitif di kalangan rakyat Malaysia. Kami menjujung tinggi perpaduan dan kepelbagaian Malaysia dan komited untuk menghormati serta meraikan semua negeri secara sama rata,” katanya hari ini.

Selain bersedia untuk menerima sebarang maklum balas daripada orang ramai, Proton juga akan lebih berwaspada dalam setiap usaha pada masa akan datang.

image is not available

Foto: Autobuzz

“Kami memohon maaf atas sebarang salah faham yang berlaku dan menghargai sebarang maklum balas daripada orang ramai.
“Kami akan lebih berhati-hati dalam usaha masa depan kami. Terima kasih atas perhatian dan sokongan anda yang berterusan,” ujarnya.

Sebelum ini, tular di media sosial apabila terdapat sebuah gambar yang memperlihatkan kesilapan kedudukan Sabah dan Sarawak di dalam peta semasa pembentangan pada majlis berkenaan.

image is not available

Foto: Media Sosial

Sumber: Facebook Proton Cars