'Teruja nak bawa adik masuk live...' Fattah Amin buka cerita gelagat Fatima sayang baby Jarir, akui gilir-gilir berjaga malam bersama Amira

EntertainmentFamily & Parenting
21 Oct 2026 • 5:29 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: 'Teruja nak bawa adik masuk live...' Fattah Amin buka cerita gelagat Fatima sayang baby Jarir, akui gilir-gilir berjaga malam bersama Amira

KEJAYAAN  mempertahankan gelaran Selebriti Maskulin Terhangat buat tahun kedua berturut-turut di Anugerah Melodi Terhangat (AMT) 2026 menjadi bukti kekukuhan sokongan peminat terhadap pelakon versatil, Fattah Amin.

Hadir pada awalnya sekadar mengalas tanggungjawab sebagai penyampai anugerah, suami kepada penyanyi dan pelakon Amira Othman ini mengakui tidak meletakkan sebarang harapan tinggi untuk membawa pulang trofi pada malam berkenaan.

“Alhamdulillah, tahun kedua berturut-turut diberi rezeki untuk menang dalam kategori yang sama. Sejujurnya, saya hadir hanya sebagai award presenter, tanpa meletakkan apa-apa harapan. Pada saya, ramai lagi yang layak.

“Tapi Allah sebaik-baik perancang. Saya sangat bersyukur kerana sehingga hari ini, masih dikurniakan peminat-peminat yang tak pernah jemu memberikan sokongan dan terus mengundi. Dari lubuk hati yang paling dalam, terima kasih kerana masih ada, percaya dan setia menyokong perjalanan seni saya,” luahnya menerusi hantaran di Instagram.

Image from: 'Teruja nak bawa adik masuk live...' Fattah Amin buka cerita gelagat Fatima sayang baby Jarir, akui gilir-gilir berjaga malam bersama Amira

Fatima makin penyayang, teruja nak 'show off' adik

Di sebalik kejayaan kerjaya seninya yang terus memuncak, pelakon drama Andai Masih Ada Maaf ini menyifatkan kebahagiaan sebenar kini berada di rumah apabila menyaksikan perkembangan dua permata hatinya, Nur Fatima Aisya dan si bongsu, Jarir.

Menurut Fattah, Fatima kini semakin matang dan menunjukkan naluri sebagai seorang kakak yang penyayang, malah sering menyimpan hasrat untuk membawa adiknya itu muncul sewaktu sesi bersiaran langsung di aplikasi TikTok.

Image from: 'Teruja nak bawa adik masuk live...' Fattah Amin buka cerita gelagat Fatima sayang baby Jarir, akui gilir-gilir berjaga malam bersama Amira

“Setiap kali Fatima datang, nampak hubungan mereka makin erat, alhamdulillah. Sewaktu sesi live baru-baru ini, dia begitu teruja sampai tanya saya boleh tak nak bawa adik sekali.

“Tetapi saya jelaskan belum masanya lagi sebab adik masih kecil. Insya-ALLAH, bila adik dah besar sikit nanti, barulah kami kongsikan wajahnya. Saya faham ramai yang tak sabar nak tengok, cuma buat masa ini belum tiba masanya lagi,” ujarnya.

Gilir-gilir berjaga malam bersama Amira

Menguruskan bayi yang kini mula aktif meniarap di samping jadual penggambaran yang padat menuntut kerjasama erat antara Fattah dan isteri.

Image from: 'Teruja nak bawa adik masuk live...' Fattah Amin buka cerita gelagat Fatima sayang baby Jarir, akui gilir-gilir berjaga malam bersama Amira

Bagi pelakon tinggi lampai ini, kepenatan bekerja di lokasi tidak pernah menjadi alasan untuk tidak membantu Amira menguruskan anak pada waktu malam.

“Bila sibuk shooting, sesiapa yang ada bayi mesti faham situasi bila anak bangun tengah malam. Itu perkara biasa.

“Walaupun esoknya saya ada kerja seawal pagi, bila anak menangis kita tetap bangun bantu isteri. Saya dan Amira sama-sama lalui rutin ini,” jelasnya lagi.

Untuk rekod, Fattah dan Amira selamat mendirikan rumah tangga pada 14 September 2025 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Jarir pada 23 Jun lalu.

Sumber video: Media Hiburan &  Instagram Fattah Amin

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved